UMNO main kotor, sebar buku burukkan PAS di Bukit Gantang


Salam Perjuangan…

Walaupun baru sahaja mengumumkan calonnya dan pihak PAS sudah memaklumkan pada 26 Mac ini baru akan umumkan calonnya, UMNO telah main kotor.

Kelmarin saya melaporkan dari seorang penduduk Bukit Gantang yang menceritakan Ketua Bahagian UMNO yang juga ADUN Terong menyalahgunakan pentas PIBG untuk menghentam PAS dan Tok Guru di SK Panglima Bukit Gantang.

Saya menerima satu lagi Email dari orang yang sama menceritakan kebokbrokan UMNO dan BN yang mula main kotor, email aslinya seperti di bawah :

ASSALAMUALAIKUM YB, TANGGAL 16 MAC 2009 SAYA SEKELUARGA BEGITU TERKEJUT BILA MENJUMPAI BUKU TERSEBUT BERADA BERHAMPIRAN RUMAH KAMI. SAYA PERCAYA BUKU INI DILETAKKAN OLEH PIHAK2 TERTENTU YG BERTUJUAN UNTUK MEMBURUKKAN PAS. SAYA SEKELUARGA TIDAK SANGGUP MEMBACA BUKU TERSEBUT KERANA IA JELAS TERPESONG DARI AQIDAH ISLAM. YG SAYA KESALKAN PENULIS BUKU TERSEBUT PANDAI MEMUTARBELITKAN AYAT AL-QURAN DAN AL-HADIS SEMATA2 UNTUK MEMBURUKKAN PAS. JIKA PIHAK YB INGIN MELIHAT BUKU TERSEBUT ADA PADA SAYA. SAYA PERCAYA BUKU INI DICETAK UNTUK KEMPEN PILIHANRAYA BUKIT GANTANG. HARAP YB DAPAT DEDAHKAN PERKARA INI AGAR UMUM DAPAT MENGETAHUINYA…ANAK KOMANDO REJIMEN 1.

Inilah sikap bacul dan penakutnya UMNO, kalau berani saya cabar pemimpin UMNO untuk berdebat dengan ulama PAS dalam soal ini. Saya pun boleh mewakili PAS walaupun ilmu agama saya tidak setinggi mana, namun saya dapat dedahkan kesesatan UMNO dan kebenaran PAS, Insya Allah.

Sesudah itu kalau berani berceramahlah keliling Bukit Gantang mengenai isi kandungan buku itu. Saya yakin orang akan kata penceramah itu sudah “gila khinzir”. – Idhamlim

Posted on 17 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. PAS pun main kotor… banyak risalah fitnah, banner mengaibkan pasal najib digantung di bukit Gantang

  2. khairulnizambakeri

    Politikus Malaysia memaksa kita menerima resam politik sebagai jelik.

  3. mengaibkan najib dikira tidak seberapa tapi menukar/mengubah hadis??
    Berhati-hatilah azab tuhan amat pedih bagi mereka ini.
    Allah yang lebih mengetahui.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: