Kerana UMNO Tidak Bersih, Penyokong Ali Rustam Merusuh!!


Salam Perjuangan…

Mengikut istilah media milik Kerajaan BN, perhimpunan tanpa permit digelar rusuhan. Justru apabila kira-kira 15 orang yang dipercayai ahli Umno yang menyokong Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkumpul di luar bangunan ibupejabat Umno di PWTC sebentar tadi, mereka juga boleh dipanggil sebagai perusuh. Perusuh-perusuh ini menjerit sambil melaungkan ‘Hidup Datuk Ali’.

Mengikut laporan Malaysiakini perusuh juga turut melaungkan “Hanya Datuk Ali boleh merubah Umno”.

Ketua kumpulan perusuh tersebut yang dikenali sebagai Amran Ahmad, ketika bercakap kepada pihak media berkata “kalau nak bersih, bersihkan semua sekali. Kalau nak telus, semuanya kena telus,” katanya.

Sebelum itu, kira-kira 40 anggota polis – separuh daripadanya adalah anggota pencegah rusuhan – kini ditempat di pintu bangunan ibupejabat Umno di ibunegara.

Mereka datang bersama empat trak pacuan empat roda polis dan sebuah van. Kira-kira 15 anggota kelihatan berada di luar pintu masuk ke bangunan tersebut, manakala yang lainnya duduk di dalam trak.

Betul kata ketua kumpulan perusuh yang bernama Amran itu: kalau nak bersih dan telus, semuanya perlu kelihatan bersih dan telus. Jangan bersih dan telus separuh-separuh saja, itu kira tak acilah!! Kalau nak bersih dan telus sepenuhnya Ali Rustam bukan sekadar tak boleh jadi calon Timbalan Presiden, tapi juga tak boleh jadi Ketua Menteri Melaka. Selain dari itu kalau nak bersih dan telus sepenuhnya Khairy yang didapati tidak bersih itu pun tidak boleh bertanding Ketua Pemuda. Malah kalau nak betul-betul kelihatan bersih Najib yang penuh skandal itu pun tidak layak menjadi calon Presiden walaupun dia sudah memenangi jawatan itu. – pendikar gunung kriang

Posted on 18 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: