Ketua Menteri Tetap Kekal Walaupun Bersalah


Salam Perjuangan…

Ini yang saya tidak faham politik dan hala tuju UMNO nie. Benar-benar tidak faham. Jika ada pembaca yang faham, beritahulah saya kerana saya benar-benar tidak faham!

Saya tidak faham apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Datuk Seri Mohd Ali Rustam walaupun hilang kelayakan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan minggu depan tetapi akan terus kekal sebagai Ketua Menteri Melaka.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, “Kita mahu Umno dilihat sebagai sebuah parti yang bersih…kita sedar ada risiko bersama dengannya (Ali Rustam). Tetapi risiko yang besar adalah jika Umno ditolak oleh rakyat. Kita tidak boleh biarkan itu berlaku, semua orang mesti berkorban demi kepentingan parti,” katanya.

Najib bercakap tentang bersih pula! Kata Najib beliau khuatir UMNO ditolak rakyat kerana dilihat tidak bersih. Oleh itu Ali Rustam yang tidak bersih tidak boleh bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Tapi Ali Rustam yang tidak bersih kata Najib boleh terus memegang jawatan Ketua Menteri Melaka! Seolah-olah untuk menjadi Ketua Menteri dan Menteri Besar tidak perlu bersih, apa politik punya cerita ni? TV3 tak mahu ulaskah isu untuk menjadi Ketua Menteri dan Menteri Besar UMNO tidak perlu bersih?

Tiba-tiba teringat pula dengan kisah Isa Samad dahulu. Beliau menang jawatan Naib Presiden, tapi akhirnya semua jawatan sama ada dalam parti dan Menteri hilang kerana mengamalkan politik wang. Mengapa hukuman terhadap Isa Samad lain?

Ini yang susah nak faham tentang UMNO ni. Kadang-kadang perlu bersih, kadang-kadang tak bersih pun tak apa. Sebab itu agaknya mengikut kajian terbaru cuma 19% Melayu sahaja yang menyokong UMNO. Sebab bagaimana kita hendak sokong parti yang sukar difahami hala tujunya itu…kadang-kadang boleh, kadang-kadang tak boleh, pening! – pendikar gunung kriang

Posted on 18 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: