Apa jadi dengan penerima rasuah politik UMNO?


Salam Perjuangan…

Lembaga Disiplin Umno seharusnya mengambil tindakan dengan membongkarkan keseluruhan siasatan mereka jika betul-betul ingin membersihkan UMNO dari amalan rasuah politik. Jika tidak mereka akan dituduh pilih kasih atau berkonspirasi politik dalam keputusan terhadap beberapa anggota Umno yang didapati bersalah di bawah etika parti.

Pengerusinya Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail sendiri telah mengakui melalui kenyataannya – “Saya ingin menjelaskan bahawa semua keputusan yang dibuat adalah berasaskan bukti-bukti yang terdapat pada kes-kes yang dibicarakan, keterangan-keterangan yang diperolehi dalam masa penyiasatan dan pendengaran, bukannya berdasarkan tuduhan-tuduhan melulu ataupun “hearsay”,”. Tetapi mengapa tidak didedahkan bukti-bukti ini secara telanjang bulat?

Jika yang memberi telah dihukum, persoalannya hari ini apa jadi dengan mereka yang menerima rasuah tersebut? Jika yang menerima tidak dihukum maka terjadilah fitnah-memfitnah kepada calun-calun yang bersih oleh penerima-penerima ini kerana tidak puas hati apabila tuan mereka dihukum sebaliknya mengalih sasaran kepada calun-calun yang bersih.

Kuasa mengundi dalam pemilihan terletak kepada perwakilan. Tetapi sekarang sudah terbukti ada perwakilan yang menerima rasuah politik dan mereka pula bebas berkuasa untuk memilih siapa calun mereka dan sudah pasti mereka akan menghukum calun yang bersih kerana marah tuan mereka ditangkap.

Kesimpulannya serah sahaja kes-kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. – Mummy Rokiah

Posted on 19 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: