Fairus diarah henti jadi Timbalan Ketua Menteri, ADUN?


Salam Perjuangan…

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dilaporkan telah diminta oleh pucuk kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar meletakkan jawatan itu dengan segera.

Selain itu, beliau juga dikatakan telah diminta mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Bagaimanapun Fairus yang dihubungi lewat malam tadi menafikan khabar angin sedemikian.

Dalam komen ringkasnya, Fairus yang dilantik Timbalan Ketua Menteri selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri Mac 2008 berkata: “Itu semua tidak betul, tidak tepat.. OK.”

SMS disebarkan sejak kebelakangan ini mengatakan Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta beliau mengosongkan kerusi Timbalan Ketua Menteri dan juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

Mengikut laporan The Star pula Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga enggan mengulas perkara tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim menafikan spekulasi sedemikian dengan menegaskan tiada keputusan rasmi mengenai perkara tersebut.

Sambil mengatakan bahawa SMS sedemikian kemungkinan kerja musuh politik, Zahrain berkata: “Buat masa ini Fairus kekal sebagai Timbalan Ketua Menteri dan tiada sebarang perubahan.”

Ketika dihubungi pagi tadi, Zahrain mengulangi bahawa “setakat ini Fairus masih lagi Timbalan Ketua Menteri.”

“Saya pun cuba menghubungi beliau tetapi tidak dapat bercakap dengan beliau,” kata beliau sambil mengatakan bahawa tidak berbincang dengan Anwar mengenainya.

“Saya belum berbincang dengan Anwar… lagi pun ini cuma spekulasi saja, mengapa beliau ditanya beliau,” katanya.

Tambah beliau, jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan berhubung isu kuari masih berjalan dan belum ada laporan lengkap lagi.

Biro Politik PKR yang mengadakan mesyuarat malam tadi juga ada menyentuh isu ini tetapi tidak secara mendalam.

Kerusi Penanti salah satu DUN dalam bahagian Permatang Pauh.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin yang menghadiri mesyuarat tersebut menyerahkan kepada Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk menyelesaikannya.

“Anwar ada menyebut isu tersebut dan mesyuarat diberikan penjelasan secara lalu dan kami menyerahkan kepada beliau untuk menyelesaikannya.

“Tiada apa-apa keputusan muktamad dan rasmi dibuat oleh Biro Politik semalam,” kata sumber kepada mStar Online.

Fairus dilihat menjadi perhatian semula ekoran siasatan berhubung dakwaan bahawa dua pegawai kanan PKR negeri “bersubahat” dengan operator kuari untuk melindungi aktiviti haram di negeri itu.

Malah spekulasi tentang kedudukan Fairus sudah pun timbul sejak akhir tahun lalu apabila beliau dan beberapa pemimpin lain telah digugurkan keanggotaan mereka dalam Badan Perhubungan PKR Pulau Pinang atas alasan mahu memberi tumpuan terhadap tugasa dan tanggungjawab pentadbiran. – mStar

Posted on 19 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: