Jual Beli Undi


Salam Perjuangan…

Keputusan Lembaga Disiplin baru-baru ini diterima dengan pelbagai reaksi. Ada yang memuji, ada yang membenci, sinis dan pelbagai lagi. Ada yang kata tepat, ada yang kata condong, ada yang kata berat sebelah malah ada yang kata UMNO boom!

Namun yang ketara adalah terdapat ketidakadilan yang jelas walaupun penerima hukuman mengatakan menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Berani kata tak puas hati. Jangan. Digugurkan lebih baik daripada semua jawatan hilang. Kesalahan yang sama tetapi seorang tersangkut seorang terlepas. Yang terlepas lagilah..Jangan cerita. Tak payah cerita. Semua dah tahu. Gara-gara bermertuakan seorang Presiden UMNO yang kalau menurut Zaid Ibrahim adalah Perdana Menteri yang paling hebat dan agung. Wow!

Secara jujurnya, saya mengatakan bahawa keputusan ini menjadi satu lagi kelemahan kepada UMNO. Jika Presiden UMNO ingin mengembalikan kenyakinan rakyat pada UMNO, ini adalah masanya. Benar-benar tepat kerana dengan membenarkan Lembaga Disiplin mengambil tindakan kepada anak menantunya, maka UMNO dilihat begitu komited untuk membanteras masalah rasuah politik. Tapi yang berlaku sebaliknya. Undang-undang dan peraturan hanya boleh dijalankan pada ahli-ahli UMNO yang lain tetapi tidak kepada ahli keluarga Presiden UMNO.

Jika calon yang hanya diberi amaran ini walaupun setelah didapati bersalah atas akta yang sama dengan yang digantung bertanding, maka terdapat dua isu yang besar di sini iaitu:-

  1. Parti sudah diwakili dengan calon yang sudah didapati bersalah terlibat di dalam politik wang. Cuba ambil masa keputusan Lembaga Disiplin ini dilakukan pada bila? Pada bulan Mac 2009. Bermakna jika calon itu terlibat dalam politik wang, berapa banyakkah yang telah dilabur dan berapa lamakah masa yang telah berjaya diambil untuk membeli undi perwakilan? Apabila telah didapati bersalah tetapi dibebaskan dan hanya diberi amaran. Adakah amaran itu dapat menghalalkan segala wang yang telah ditaburkan? Dengan dibenarkan bertanding sahaja sudah cukup meletakkan UMNO ke bawah sekali kerana mengizinkan calon yang salah untuk bertanding untuk satu jawatan yang cukup penting.
  2. Jika calon itu berjaya mendapat katakan walau satu undi sahaja bermakna di dalam UMNO ada perwakilan yang telah terpengaruh dengan calon ini disebabkan apa? Adakah disebabkan kredibiliti beliau atau wang? Umum akan tetap menyatakan akibat wang kerana keputusan Lembaga Disiplin mengatakan beliau sudah bersalah dalam politik wang. Perwakilan itu tetap menjadi liabiliti dan tidak dipercayai kerana di kalangan perwakilan sendiri itu kotor kerana boleh dibeli dan tidak kisah jika calon yang dipilih itu adalah tidak bersih. Bayangkan jika calon itu menang. Apa akan jadi pada UMNO? Adakah pembangkang akan berdiam diri melihat isu yang bila-bila boleh meranapkan UMNO ini begitu sahaja.

Entahlah. rasanya ahli parti UMNO yang biasa, yang tidak ada jawatan itu lebih sayangkan UMNO daripada ahli-ahli yang berjawatan. Kasih sayang ahli-ahli biasa kepada UMNO lagi suci dan bersih kerana mereka tidak ada kepentingan. Tidak dibeli untuk memberi undi, tidak mendapat jawatan yang besar-besar. Hanya boleh melihat para ahli yang berjawatan mempermainkan UMNO. Wallahua’lam. – Sanggul Melayu

Posted on 19 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: