Dua-dua Tuan Guru Betul Belaka


Salam Perjuangan…

Kuala Terengganu – Kenyataan dua pimpinan tertinggi PAS, Mursyidul Am Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung isu ‘kerajaan perpaduan’ kedua-duanya betul.

Pesuruhjayanya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali (Cikgu Pa) berkata kedua-dua kenyataan pemimpin PAS itu betul kerana melihat pada perspektif yang berlainan.

“Kedua-dua kenyataan pemimpin PAS (Ustaz Nik Abdul Aziz dan Ustaz Abdul Hadi) itu betul. Sebab, mereka melihat pada perspektif yang berlainan.

“Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz merujuk kepada keputusan Muktamar Tahunan PAS yang menegaskan tidak akan ada kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) itu betullah.

“PAS memang berpendirian tidak akan bekerjasama dengan BN. Itu jelas dengan keputusan muktamar di Perak tahun 2008 lalu,” jelasnya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu, hari ini.

Tetapi, katanya yang disebutkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi ialah kerjasama dalam ‘Kerajaan Perpaduan’ (unity government).

Menurutnya, ‘Unity Government‘ (Kerajaan Perpaduan) yang dimaksudkan itu sama sekali berlainan dengan gabungan PAS-BN.

“Unity Government ialah suatu lontaran menggabungkan semua parti politik iaitu BN-Pakatan Rakyat dan bukan BN dengan PAS sahaja.

“Tetapi BN dengan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP,” ujarnya.

Beliau berpendapat, Idea tersebut timbul mungkin dari pengalaman banyak negara sebenarnya yang melaksanakan konsep Kerajaan Perpaduan itu.

Malah, katanya di negara barat sendiri pun ada campuran antara parti-parti utama dengan parti kecil.

“Ini berlaku dalam konteks, negara yang yang mengamalkan kaedah pilihan raya di mana kerusi yang diperolehi berdasarkan peratus yang diperolehi oleh parti-parti itu.

“Contohnya, sesuatu parti yang dapat 30 peratus undi popular maka, dia (parti) itu akan dapat 30 peratus daripada kerusi dalam kerajaan itu,” ujarnya.

Menurutnya, beberapa Negara yang mengamalkan konsep tersebut seperti Indonesia dan Turki. Malah, katanya sedang diusahakan sekarang ini di Palestin antara Fatah dan Hamas.

“Ini yang saya lihat dilontarkan dalam konteks kita mempunyai masalah utama yang melanda negara iaitu masalah ekonomi. Jadi masing-masing, jika kurang politiking boleh menumpu kepada masalah ekonomi.

“Apa yang dilontar ini, ‘benda’ (perkara) baru dan sememangnya tidak ada keputusan sebab benda baru,” jelasnya.

Kata Dato’ Mustafa, tetiap pemimpin berhak untuk menyatakan pandangan peribadi sama ada boleh diterima atau tidak itu persoalan lain.

Mengulas pendirian PAS Terengganu beliau menjelaskan tertakluk kepada PAS Pusat dan tidak boleh bertindak sendirian.

“PAS Terengganu tertakluk kepada PAS Pusat dan tidak boleh melakukan bersendirian. Kita (PAS) kena tengok dahulu apa perincian yang dimaksudkan dengan Kerajaan Perpaduan itu.

“Sebab apa pun, kompenan dalam Pakatan Rakyat kena bersetuju dan PAS tidak boleh bersendirian jika mahu merealisasikan idea tersebut,” tegasnya.

Katanya, jika mahu mewujudkan Kerajaan Perpaduan pun PAS mesti bersama PKR dan DAP.

Hal tersebut, menurutnya belum dibincangkan pandangan masing-masing dan PAS Terengganu tetap tidak bersetuju jika bersendirian bersama Barisan Nasional.

“Kita (PAS) tetap bersama Pakatan Rakyat. Isu kata Nik Aziz bidas Hadi itu hanya ungkapan pihak media yang mensensasikan berita masing-masing.

“Perkara itu tidak berlaku dan hanya laporan Utusan Malaysia kata ‘bidas’. Pertembungan kedua-dua pemimpin itu tidak berlaku sebenarnya. Sebab, perbezaan itu dalam konteks yang berlainan dan kedua-dua mereka itu betul,” ujarnya. – buletinonline

Posted on 20 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: