Mahathir Syok Sendiri


Salam Perjuangan…

MARAH betul Mahathir Mohamd dengan Zaid Ibrahim yang meminta supaya Yang di-Pertuan Agong jangan lantik Najib Razak sebagai perdana menteri. Kata Mahathir cadangan Zaid itu tidak waras dan cadangan orang bodoh.

Katanya kalau dia jadi Yang di-Pertuan Agong dia tidak akan baca pun (laporan) mengenai cadangan Zaid itu. Mahathir juga merendahkan Zaid sebagai orang yang tidak mempunyai kedudukan tinggi tidak layak membuat cadangan itu. Kerana itu juga pandangan Zaid itu tidak perlu dipedulikan.

Mahathir terperasa dia masih merasakan dihormati dan disanjungi oleh rakyat. Sepatutnya dia sendiri insaf hanya segelintar sahaja yang mengelilinginya hari ini. Yang dok arak dia ke sana ke sini adalah para pendekar yang tempang, patah kaki dan tidak laku dalam Umno dan kerajaan saja.

Tetapi Mahathir tetap merasakan para pendekar dan pengikutnya itu masih kuat. Kalau bukan diberi upah sesen dua, pengikut itu juga sudah lama tinggalkan Mahathir terkontang konting seorang diri macam orang meroyan. Dalam pilihan raya umum lalu katanya ada yang mendapat baksis daripada Mahathir sampai sejuta dua.

Orang-orang ini pula asal dapat makan dia tidak pedulikan apa lagi, yang penting perutnya tetap bunbcit. Hatta jalau Mahathir suruh makan tahi pun dimakannya demi duit.

Kalau Mahathir merasakan dia masih dihormati dan cadangan dia didengar oleh rakyat, saya rasa elok kalau kedua mereka (Mahathir dan Zaid) adakah referendum untuk melihat siapa yang dihormati.

Mahathir juga menrendahkan Zaid dengan menyebut orang yang tidak ada prinisp dan konsisten dalam perjuangan, lompat sana lompat sini macam katak. Inilah kalau sudah sampai ke tahap nyanyuk seseorang itu akan mudah lupa apa yang tercokol di hadapan mata. Yang ada di hadapan mata lebih hanyir dan buruk daripada Zaid kalau nak bicara soal prinsip dan moral.

Orang yang mengelilingi Mahathir ini bukan sekali lompat parti tetapi semua parti disinggahinya, dan semua orang dikencing.

Kalau nak dikira Zaid lebih baik daripada Mahathir. Zaid tidak pernah dibenci rakyat sampai disembur gas seperti mana dialami Mahathir di Kota Bharu. Perisitiwa semburan gas itu merupakan isyarat jelas kepada Mahathir apakah motif dan tujuannya.

Mahathir sepatutnya faham negara ini demokrasi. Sesiapa pun boleh bercakap dan mengemukakan idea. Samada idea itu bernas, kosong atau pun tidak bemutu, itu hak dia. Rakyat bebas untuk menilainya.

Mahathir ini pun ada perangai tidak baiknya kalau dia sudah bencikan seseorang dia benci sampai habis. Bukan setakat orang itu hidup saja batu nisan orang itu pun mungkin dicemuhnya.

Tenguk apa yang dilakukan kepada Anwar Ibrahim? Dasar diktator sesiapa yang melawannya akan dipancung, begitulah Mahathir. – MSO

Posted on 20 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. uiks, xgi smyg jumaat ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: