Penyokong Khir, Mukhriz yakin menang


Salam Perjuangan…

Tinggal lagi empat hari menjelang pemilihan ketua Pemuda Umno, para penyokong Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir masing-masing yakin peluang calon mereka menang adalah cerah.

Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Syukur Idrus berkata, peluang Dr Mohd Khir adalah cerah, berdasarkan kepada reaksi dan maklum balas daripada kempen pengenalan calon yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Katanya, perwakilan Pemuda matang untuk memilih siapa yang akan memimpin mereka dalam pemilihan pergerakan itu.

“Pemuda matang untuk berfikir dan melihat sendiri pemimpin yang mempertahankan Pemuda Umno dan menguatkan parti.

“Perwakilan rasional dan matang untuk membuat keputusan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Abdul Syukur yang Adun Kuang berkata kesungguhan Dr Mohd Khir untuk mengukuhkan parti, terutama Pemuda, telah mendorong ramai perwakilan Pemuda yakin dengan kepimpinan beliau.

Beliau yakin Dr Mohd Khir mampu memimpin Pemuda berdasarkan rekod prestasi dan pengalamannya mentadbir Selangor.

Mengulas berhubung dakwaan rasuah dan menyeleweng dana kerajaan negeri, terhadap Dr Mohd Khir oleh Pakatan Rakyat Selangor sama ada boleh menjejaskan sokongan terhadap beliau atau tidak, Abdul Syukur berkata, dakwaan tersebut sengaja ditimbulkan untuk memburuk-burukkannya.

Selasa lalu, Lembaga Displin Umno mendapati Dr Khir Toyo yang juga ketua Umno Sungai Besar, tidakterbabit dalam rasuah atau sogokan politik atau mengadakan majlis atau pertemuan dengan perwakilan.

Peluang Mukhriz

Manakala mantan Ketua Pemuda Merbok, Abd Karim Ali pula yakin Mukhriz mampu memenangi jawatan ketua Pemuda Umno.

Berdasarkan pemerhatian dan laporan daripada akar umbi, 70 hingga 80 peratus perwakilan memihak kepada ahli Parlimen Jerlun itu, demi kepentingan masa depan orang Melayu.

“Dari segi mesej yang ingin dibawa, Datuk Mukhriz cukup konsisten, sejak pertamakali menyatakan hasratnya untuk bertanding, hinggalah sekarang, bagi memulihkan kekuatan Pemuda parti,” katanya.

Tambahnya lagi, keputusan lembaga displin yang menyatakan bahawa Khairy bersalah dan diberi amaran, turut memberi kelebihan kepada ahli Parlimen Jerlun itu untuk merebut jawatan ketua pergerakan itu.

“Persepsi masyarakat dan akar umbi jelas bahawa dia bersalah. Ia memberi kelebihan kepada Datuk Mukhriz dan memberi kesan (tekanan) kepada Khairy,” katanya.

Sementara itu, seorang pembantu Khairy turut mengakui bahawa ketiga-tiga calon mempunyai peluang yang sama untuk memenangi jawatan kerusi nombor wahid dalam pergerakan tersebut.

“Ketiga-tiga calon mempunyai peluang sama banyak untuk menang. Semua ada kelebihan,” katanya tetapi enggan mengulas lanjutketika dihubungi Malaysiakini. – Malaysiakini

Semua calon Ketua Pemuda Umni ni ada kelemahan masing-masing. Pernah satu ketika dulu saya membuat poll berkaitan dengan siapa yang layak mengetuai Ketua Pemuda Umno. 70% mengatakan semuanya tidak layak untuk memegang jawatan tersebut.

Posted on 20 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: