PM serah kuasa 2 April


Salam Perjuangan…

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka menyerahkan kuasa pada 2 April – lima hari selepas perhimpunan agung Umno.

Difahamkan, Abdullah akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada kabinet dalam mesyuarat mingguannya hari ini, dan beliau akan menemui Yang di-Pertuan Agong pada 3 April depan.

Manakala, bakal presiden Umno, Datuk Seri Najib pula dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia yang keenam pada 4 April.

Perhimpunan agung Umno yang turut menyaksi pemilihan pucuk pimpinan parti itu akan berlangsung mulai Selasa depan sehingga 28 Mac.

Najib merupakan calon tunggal bagi jawatan presiden dan secara rasmi akan memimpin Umno selepas mendapat mandat rasmi dalam pemilihan parti.

Penyerahan kuasa itu akan berlaku sebelum berlangsungnya tiga pilihanraya kecil yang dianggap sangat penting iaitu parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Air di Sarawak – kesemuanya pada 7 April. – malaysiakini

Posted on 20 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: