PAS Terus Mendapat Sambutan Di Bukit Gantang


Salam Perjuangan…

Zain KL sedang menyampaikan lagu dikir barat

Alhamdulillah, tengahari semalam saya telah selamat sampai ke Bukit Gantang untuk bertugas di DUN Changkat Jering, UPU Bukit Gantang.

Saya sebagai ketua rombongan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas bersama-sama 3 orang pemuda DUN Pengkalan Pasir, Pasir Mas terasa teruja untuk memberi khidmat ke arah mempertahankan kerusi yang telah dimenangi sebelum ini. Insya Allah, hari ini akan sampai rombongan ulamak dan muslimat untuk turut serta turun menjerumuskan diri dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang.

Pos Pasir Mas terletak 3 km selepas kilang simen selepas pos Umno, yang saya rasa suka adalah bila mana bunyi hon-hon yang dibunyikan oleh kenderaan yang lalu lalang di hadapan pos Pasir Mas. Dekat pos Umno, tak ada sorang pun yang memberi hon kepada mereka menampakkan mereka amat benci kepada Umno / BN.

Perkara ini dapat saya simpulkan bila mana saya bercakap dengan seorang cina yang bertanyakan rumah untuk menghantar kayu. Dia amat marah sekali apa yang telah dibuat oleh Umno / BN untuk merampas tampuk kepimpinan negeri Perak di bawah pimpinan Dato’ Seri Nizar.

Setelah selesai melapor diri di maskaz UPU Bukit Gantang dengan bantuan Ustaz Yan, saya mula mencari sumber-sumber maklumat tentang kekuatan dan kelemahan PAS yang telah memenangi kerusi Bukit Gantang ini oleh Almarhum Roslan Shaharum sebelum ini.

Dari mulut orang sini, mereka mengatakan bahawa Almarhum sebelum ini sangat rapat dengan rakyat sama ada dari sudut kenduri kendara dan sebagainya. Berbeza pula dengan Mohd Osman Jailu, Changkat Jering yang tidak langsung cakna rakyat bahkan jarang sekali hendak turun untuk bersama-sama dengan rakyat. Kenduri kendara lebih-lebih lagi la tak turun.

Pada sebelah malam saya bersama-sama Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) telah mengadakan pertunjukan dikir barat di UPU Bukit Gantang berdekatan dengan Markaz UPU. Sambutan amat memberansangkan, hinggakan orang Umno berhampiran turut sama memeriahkan pertunjukan tersebut.

Sdr. Mohd Ridza sedang memberi ceramah

Zain KL bersama dengan awak-awak dari pasukan Pantai Suri memainkan peranan penting dalam lagu-lagu yang disampaikan oleh beliau untuk memujuk para pengundi supaya terus mengundi PAS. Lebih kurang 200 orang telah hadir untuk melihat persembahan dikir barat tersebut yang diadakan khusus untuk penyokong-penyokong PAS dan menarik golongan atas pagar agar menyokong PAS.

Di tengah-tengah pertunjukan dikir barat tersebut, satu ceramah telah disampaikan oleh Mohd Ridza Zain, Setiausaha DPPNK mengantikan YB Zaki Mohamed, Ketua DPPNK. Di akhir persembahan lagu dikir barat yang bertajuk mari pakat sokong bulan telah dinyanyikan bersama2 pemuda kg bagi mengeratkan tali silaturrahim sesama insan.

Kemuncak pertunjukkan dikir barat adalah pada 23 Mac ini iaitu sebelum pengumuman calon PRK P056 Bukit Gantang.

Insya Allah, PAS akan memenanggi kerusi P056 Bukit Gantang ini hasil daripada usaha dan doa-doa ulamak yang tidak berkehendakkan kezaliman dan kemungkaran terus berleluasan di negara ini.

Posted on 22 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 8 Komen.

  1. Wah!! Dok apo ari? ambo xleh g lagi. Lepah gi 5 ari baru ni x gi2 lg. Esok MAT DPPKB. Apa pun sama2 kita pastikan BN terlerap di kaki bukit gantang sbgamana tentera musyrik tersungkur di bukit Uhud!

  2. muhammadhanif

    Salam Perjuangan…

    Insya Allah, kalau diizinkan Allah 5 hari kami akan berjuang. Lepas tu insya Allah penemaan calon dan sebelum pilihan raya nanti. Harap muktamar DPPKKB nanti tidak menimbulkan suasana yang tegang. Biar semuanya melalui syura.

  3. A’Kum. Tolong bagi alamat tepat, supaya saya dapat salurkan bantuan. Anak Kelantan di Ipoh

  4. Kami sekeluarga mengucapkan selamat berjuang, kalau ada masa tolong bagi no. telefon bolehlah kita berjumpa di ipoh

  5. membar pencen Lembah Keramat

    Insya Allah kami warga pencen sedia berkhidmat di Bukit Gantang pada hari pembuangan Undi 7 April sekiranya tidak cukup petugas pada masa tersebut
    Sekianya mencukupi tak sunyi juga kami sentiasa iringan doa semuga kita berjaya dan memperolehi kemenangan kita ulangan seperti Kuala Terengganu
    Terima kaseh.

  6. muhammadhanif

    Salam Perjuangan…

    Saudara Koza boleh datang ke markaz kami di Kg. Pauh lebih kurang 1 km dari cabang ke Changkat Ibol. No. phone saya 013-9420123 / 012-9555657.

  7. Salam ziarah ..didoakan semoga Allah berkati usaha antum. Mudah-mudahan Allah beri kemenangan kpd pejuang Islam..insyaAllah. Teruskan usaha..

  8. serban hitam

    ana berdoa agar tapak pembangunan dan tapak kekebalan BN akan berasuh reput dimamanh usang akan kekejaman terhadap kita….tadbir…..ada tmpt tak nak pi b.gantang ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: