Biodata Ir. Muhammad Nizar


Salam Perjuangan…

Baidata Calon PAS P059
Nama : Ir. Muhammad Nizar Bin Jamaluddin
Umur : 52 Tahun
Tarikh Lahir : 17 Mac 1957
Tempat Lahir : Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak

Keluarga
Isteri : Fatimah Binti Taat
Anak : 8 Orang – Anaknya yang pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut’ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut’ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Taraf Pendidikan

  1. Mendapat pendidikan awal di Kampar.
  2. Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.
  3. Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh.
  4. Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.
  5. Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Pengalaman Kerja

  1. Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari.
  2. Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA – Daya Urus).
  3. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
  4. Perunding (M/E) Mecs Engineer.

Jawatan Dalam Parti

  1. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.
  2. Yang Di Pertua (YDP) PAS Kampar.

Keistimewaan

  1. Selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh sedikit berbahasa Cina dan Tamil.
  2. Walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau. Malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.
Advertisements

Posted on 24 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 9 Komen.

  1. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Rembau 2009 dan Majlis Maulidur Rasul Perdana Bersama DYMM YDPB Negeri Sembilan

    Tuabn-tuan/Puan-puan Sekalian:

    Alhamdulillah, suatu Sambutan Majlis Maulidur Rasul s.a.w Peringkat Daerah Rembau akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

    Tarikh : 8 Rabiulakhir 1430H/ 04 April 2009 (Sabtu)

    Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari

    Tempat : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

    Tentatif Program :

    07.30 pagi – Ketibaan Orangramai / Jemputan

    08.30 pagi – Ketibaan YTM Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja HAJI MUHAMMAD SHARIP NIM OTHMAN

    09.00 pagi – Aluan Pengerusi

    – Sabda YTM Undang Luak Rembau
    – Penyampai Anugerah, Hadiah dan Cenderamata
    – Forum Perdana : Ahli Panel terdiri drpd :

    i. Dato Habib Omar bin Abdul Qadir Aidarus dari Terengganu
    ii. Dr.Yusri bin Mohamad, Presiden ABIM Malaysia.
    iii. Haji Solahudin bin Azrai, Penceramah dari STIAS.
    iv. Tuan Haji Nor Azamir bin Alias, Pegawai Agama Islam Daerah Rembau ( Pengerusi ).

    – Jamuan Tengahari / Bersurai

    Majlis akan bersambung dengan acara pada sebelah petangnya bermula pada pukul 6.00 petang, dengan:

    MAJLIS MAULIDUR RASUL PERDANA dan MAJLIS KESYUKURAN BERSAMA KE BAWAH DYMM YDPB NEGERI SEMBILAN, YTM DATO LELA MAHARAJA UNDANG LUAK REMBAU DAN YTM TUNKU BESAR TAMPIN.

    Tentatif Program :

    06.00 petang – Bacaan Maulid Daibaie

    07.00 petang – Ketibaan Tetamu dan VVIP Jemputan

    07.25 petang – Sholat Maghrib

    – Bacaan Marhaban / Madih / Pujian
    – Ceramah Maulid Perdana olen Penceranah Jemputan
    – Majlis Perlancaran Kitab
    – Penyampaian Cenderahati
    – Sholat Isyak
    – Jamuan / Bersurai

    MUSLIMIN / MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMA

    http://pondokhabib.wordpress.com

  2. assalamualaikum. Alkhamdulillah syukur nikmat Allah. Inilah ciri-ciri pemimpin yg sebenar semaada utk org islam atau bukan islam.kerana beliau telah menunjukan contoh kepimpinan dari keluarga beliau sendiri.Semoga Allah memberi kemenangan kepada beliau dlm meneruskan perjuangan yg suci lagi ikhlas..Allahuakbar!

  3. BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA INSYALLAH ! ALLAHU AKBAR !

  4. alhamdullillah.. Ir. Muhammad Nizar Bin Jamaluddin..adalah insan yg di segani..
    sepatutnya najib tun razak pun segan dgn keperibadian beliau..allahhu akbar..

  5. Teori RAHMAN = Rahman, Abdul Razak, Hussin Onn, Mahathir, Abdullah, N…. Nizar! DS Nizar mempunyai ciri pemimpin yang boleh melayakkan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. InsyaAllah. TAKBIR! ALLAHU’AKBAR!

  6. semoga Allah memberkati pemimpin yang benar2 mempunyai ciri islam dalam pentadbiranya… Aminnnn…

  7. petadbiran Pak Lah memang baik.Saya puji sikap berhemah Pak Lah.

  8. Assalaimualaikum

    tahniah buat dato seri kerana menang pilihanraya, kecewa juga kerana dato seri memperlihatkan keperibadian sebenar dato seri, bergitu kuat menentang sesama bangsa, bergitu tegas mempertahankan kehendak hati dan diri tapi dato seri seorang yang lemah, kaku, kelu bila masa perlu pertahankan hak agama dan bangsa sendiri sehingga sanggup diperalatkan dan dikotakkan dan dato seri mengaku yang dato seri tidak mampu untuk mempertahankan kuasa eksuketif semasa dato seri bergelar MB dulu. Mungkin dato seri takut kehilangan jawatan MB atau gaji serta elaun yang menjanji kekayaan? kecewa.kecewa ingatkan panas sampai ke petang. CERMINKANLAH, RENUNGKANLAH……………….BUAT PENGAJARAN DI HARI MUKA…………………………. WASSALAMMMM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: