Cuti Elizabeth Wong dilanjut hingga siasatan polis selesai


Salam Perjuangan…

Cuti Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, dilanjutkan sehingga 15 April memandangkan siasatan polis masih belum selesai.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri melanjutkan cuti Elizabeth memandangkan hasil siasatan polis dijangka hanya diketahui awal bulan depan.

Elizabeth bercuti bermula 15 Februari lalu selepas gambar kurang sopan beliau disebarkan kepada umum tanpa kebenarannya.

Elizabeth menawarkan untuk meletak jawatan dalam kerajaan negeri dan sebagai ADUN Bukit Lanjan kerana tidak mahu mengheret parti Keadilan atau kerajaan negeri dalam masalah peribadinya.

Khalid berkata tugas Elizabeth selaku Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar dipangku bersama oleh beberapa rakan sejawatan.

Manakala Adun Batu Tiga Rodziah Ismail akan menolong menyelesaikan sebarang masalah di kalangan penduduk Bukit Lanjan. – TVA

Posted on 26 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. salam…xde ke gmbr ceramah smale?ante x masuk blog ko?

  2. muhammadhanif

    Salam Perjuangan…

    Gambar ceramah semalam ana tak dapat masuk dalam blog kerana ana sendiri tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana zaujah ana keguguran dan berkebetulan malam tu sakit mata, tak boleh nak celik.

Tinggalkan Jawapan kepada mustakim Batal balasan