Selcat : PNSB Biayai Majlis Makan, Melancong Balkis


Salam Perjuangan…

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) pada zaman Khir Toyo bertindak sebagai “juruwang” Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri wakil rakyat Selangor (Balkis) untuk menganjurkan menganjurkan majlis makan malam, minum petang, melancong ke luar negara dan serta mengadakan kegiatan sukan.

Hanya secebis daripada dana RM1juta yang disalurkan oleh PNSB kepada Balkis setiap tahun diguna untuk membantu golongan kurang berupaya seperti anak yatim, fakir dan ibu tunggal.

Penyelewengan dana awam itu diakui oleh Ketua Eksekutif PNSB, Datin Khairiyah Abu Hassan ketika memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) di Shah Alam, hari ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim yang mempengerusikan jawatankuasa itu mendesak Datin Khairiyah memberi penjelasan mengenai penggunaan dana PNSB untuk membiayai Balkis yang dipimpin oleh isteri Khir Toyo ketika itu.

Pengerusi PNSB pula ketika itu ialah Khir Toyo sendiri selaku Menteri Besar ketika itu.

Antara yang dibangkitkan oleh Teng ialah arahan Khir Toyo untuk membeli cederahati bernilai RM45 ribu bagi isteri Perdana Menteri Jean Abdullah dan Najib Razak serta isteri beliau Rosmah Mansur pada tahun 2007.

Balkis turut menggunakan dana PNSB sebanyak RM121 ribu bagi membeli kain batik untuk orang kenamaan wakil rakyat dan isteri mereka.

Ahli panel Selcat, Saari Sungib membandingkan perbelanjaan itu dengan langkah PNSB berbelanja hanya RM4 ribu membeli kain batik dan kain pelikat untuk golongan miskin dan ibu tunggal pada tahun sama.

“Adakah ini memenui tanggungjawan sosial bagi sebuah badan korporat yang mempunyai modal pusingan 25 juta ringgit setahun?, tanya Saari.

Seorang lagi ahli panel, Mohamad Azmin Ali, berkata Balkis membuat pelbagai lawatan teknikal yang membabitkan kos 1.2 juta ringgit tetapi tiada laporan mengenai hasil lawatan itu.

Ini termasuk lawatan ke Komboja pada 2002, Indonesia pada 2004, Hong Kong dan Tokyo pada 2006 dan Melbourne, Australia pada 2007.

Datin Khairiah juga mendedahkan PNSB membayar dua tiket kapal terbang kelas bisnes bernilai RM14 ribu untuk membolehkan beliau mengiringi isteri Khir Toyo, Datin Seri Zaharah Kechik melawat anaknya yang sedang menuntut di Melbourne.

Beliau juga bersetuju bahawa PNSB menghadiahkan sebuah beg tangan bernilai RM23 ribu kepada Datin Seri Zaharah manakala Khir Toyo diberi jam tangan bernilai RM159 ribu.

“Keputusan menghadiahkam jam ini dibuat oleh pengurusan…tanpa pengetahuan lembaga pengarah,” kata Datin Khairiah. “Ia diberi (sebagai menghargai) khidmat bakti Pengerusi.” tambah beliau.

Datin Khairiyah akan menyambung semula sesi keterangannya pagi esok. – TVA

Advertisements

Posted on 26 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: