Shahrir Abdul Samad Lebih Bermaruah Dari Umno


Salam Perjuangan…

Setelah tewas dalam pemilihan agung Umno semalam, Datuk Shahrir Abdul Samad akan mengemukakan surat peletakan jawatannya sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, Rabu ini.

Alasan beliau adalah kerana “Ini adalah prinsipnya berparti dan sekiranya tidak dapat sokongan di kalangan perwakilan untuk menjadi anggota MT, perlu sanggup berundur dari jawatan menteri,”.

Shahrir merupakan seorang yang berperinsip, tapi sayangnya dia berada dalam Umno. Tapi dia akan menjadi menjadi contoh kepada rakyat Malaysia untuk menilai mana pemimpin yang baik atau tidak.

Yang tak menang jawatan MT letak jawatan, tapi yang sah disabitkan dengan kesalahan rasuah tidak langsung meletakkan jawatan malah masih memegang jawatan dalam kerajaan sebagai seorang Ketua Menteri. Amat memalukan dan tidak berprinsip langsung.

Ada juga yang bersalah tapi dinafikan kesalahannya dan boleh bertanding, menang pulak tu. Itulah Umno yang tidak berprinsip berbanding dengan Datuk Shahrir.

Rakyat mula menilai apa yang berlaku dalam politik negara lebih-lebih lagi pengundi yang akan mengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Hanya orang yang bodoh sahaja yang tidak akan merenung apa yang berlaku selama ini dan berubah kepada kebaikan.

Pada para pengundi diharap dapat menunjukkan ketidak mahuan mereka kepada Umno. Pengundi harus malukan Najib buat kali yang ketiga. disamping usaha dan gerak kerja bagi memenangkan Pakatan Rakyat, munajat kepada Allah SWT jangan dilupakan. Tanpa-Nya siapalah kita.

Posted on 28 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: