AMK kesan Banyak Kes Pengundi Hantu Di Bukit Selambau


Salam Perjuangan…

Fenomena pengundi hantu menular sekali lagi pada pilihanraya kecil Bukit Selambau, Kedah.

Angkatan Muda Keadilan mengesan 63 peratus pengundi di satu kawasan perumahan sebenarnya pengundi hantu dari beberapa negeri lain.

Timbalan Ketua AMK Fariz Musa berkata Sistem Menang Pilihanraya (Sismep) PKR mengenalpasti 76 buah rumah di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang menempatkan 16 hingga 60 pengundi hantu.

“Di lokaliti Taman Bandar Baru yang mempunyai 3544 penduduk, sebanyak 2, 215 daripada pengundi di kawasan ini adalah pengundi ragu, atau lebih dikenali pengundi hantu,” kata Fariz.

Beliau menambah data ini diperoleh dari daftar pengundi Suruhanjaya Pilihanraya yang akan digunakan pada 7 april nanti.

Beliau memberi contoh, kediaman beralamat no. 3 di Taman Bandar Baru menempatkan 60 orang orang melayu, cina dan India.

“Begitu juga berdasarkan kad pengenalan mereka, terdapat kod-kod bukan dari negeri Kedah: 07, 06, 08, 04, 10, 11, 12, 13 dan sebagainya,” tegas beliau.

Beliau berkata penemuan ini baru terhad di Taman Bandar Baru sahaja, dan AMK akan melebarkan lagi pencarian meliputi seluruh Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau.

“Kita akan kumpulkan maklumat dari kawsan-kawasan lain, dan kami akan kemukakan memorandum bantahan kepada SPR,” kata Fariz.

“Kami serius dalam hal ini, bukan lagi sekadar menyerahkan memorandum. Kami bersedia hadapi risiko termasuk juga tekanan dari pihak-pihak yang tidak senang dengan tindakan yang sedang kami ambil ini untuk memastikan sebuah piihanraya yang bersih,” tambahnya.

AMK menggesa SPR membersihkan daftar pengundi dengan kadar segera bagi memastikan perjalanan pilihanraya bergerak lancar dan mempunyai kredibiliti.

”Tindakan pembersihan oleh SPR tidak serius. Setiap pilihanraya, kami dapat kesan pengundi-pengundi hantu seperti ini, tetapi kes pengundi hantu di bukit Selambau kali ini adalah yang paling serius,” katanya.

“Kita mendesak SPR supaya segerakan pembersihan ini. Kami mahukan ketelusan, dan biarkan rakyat Selambau tentukan siapa mereka mahu sebagai wakil rakyat mereka,” tegas Fariz. – TVA

Posted on 31 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: