Datuk Seri Mohamad Nizar Dapat Cucu Pertama


Salam Perjuangan…

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sepatutnya mendapat cucu pertamanya 7 April ini iaitu pada hari membuang undi pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Namun, belum sampai tarikh tersebut, pada jam 4.55 petang tadi anak perempuan sulongnya melahirkan anak pertamanya di Pusat Rawatan Ar-Ridzuan di Jalan Seruan Ipoh, Perak.

Ini bermakna, Haji Nizar calon PAS di Bukit Gantang itu memperolehi cucu sulongnya selepas dua hari beliau dicalonkan iaitu seminggu lebih awal dari tarikh yang sepatutnya iaitu 7 April nanti.

Anak sulong beliau, Nur Faatihah baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan jam 4.55 petang ini.

Peristiwa itu dimaklumkan oleh menantu Nizar sendiri, Hazimin yang berada bersama Nur Faatihah.

Seorang pemimpin PAS berkata, sokongan yang diterima Nizar di Bukit Gantang bolehlah dikira sama dengan masa beliau menerima cucu pertamanya.

“Berdasarkan sokongan yang diterima, Nizar telah menang sejak hari ini lagi, tanpa perlu menunggu 7 April,” kata beliau. – Siasah

Posted on 31 Mac 2009, in Uncategorized and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: