Haram Guna Isu Altantuya, Istana, Sultan Dalam PRK Bukit Gantang


Salam Perjuangan…

Dalam bukti paling jelas agensi persekutuan diheret ke kancah politik, polis kini dilaporkan melarang penceramah di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri Najib Razak.

Selain isu Altantuya, penceramah juga dilarang menengahkan “sebarang keputusan yang dibuat oleh institusi raja” bersabit kemelut dua Menteri Besar Perak, Malaysiakini melaporkan.

Pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng diberikan senarai larangan tambahan itu ke atas penceramah untuk pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang pada 7 April.

Larangan itu sudah tentu akan mengekang usaha Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan rampasan kuasa yang membawa kepada kemelut politik paling buruk dalam sejarah Perak.

Calon PAS untuk pilihanraya kecil Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, masih menjadi Menteri Besar sah di sisi perlembagaan setelah dilantik menerusi mandat rakyat pada pilihanraya umum Mac tahun lalu.

UMNO bagaimanapun melancarkan rampasan kuasa setelah mengumpan tiga ADUN Pakatan Rakyat, termasuk dua yang menghadapi tuduhan rasuah, untuk menyokong Barisan Nasional. Kemelut itu kini dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Justeru, pilihanraya kecil ini disifatkan sebagai “pungutan suara” terhadap Najib Razak yang dikatakan mendalangi rampasan kuasa itu.

Larangan polis terhadap penceramah membangkitkan isu Altantuya juga dilihat sebagai usaha melindungi Najib daripada pengadilan rakyat.

Beliau dikaitkan dengan mangsa warga Mongolia itu dalam beberapa siri laporan oleh media antarabangsa dan penyiasat persendirian yang pernah ditugaskan untuk memantau Altantuya.

Sebelum ini Speaker dan ahli parlimen Barisan Nasional bertindak menggantung wakil DAP Gobind Singh daripada Dewan Rakyat untuk setahun apabila beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada Najib.

Larangan terbaru oleh pihak polis dilihat sebagai cubaaan terbaru mengekang rakyat daripada diberikan penjelasan mengenai isu-isu kepentingan umum. – TVA / Malaysiakini

Advertisements

Posted on 31 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: