Ezam: Jangan Undi Calon BN Dan PKR Dari Keturunan India!


Salam Perjuangan…

Saya terbaca blog Chegubard yang melaporkan cerita mengenai ceramah Ezam Md Noor malam tadi yang diadakan di Sungai Lalang dalam kawasan pilihanraya Bukit Selambau. Kononnya ramai juga yang hadir dalam ceramah Ezam iaitu kira-kira 20 orang petugas UMNO!

Mengikut Chegubard, Ezam seperti kehilangan arah ketika berpidato. Namun apa yang paling menarik apabila Ezam membuat seruan berbaur perkauman, “PKR parti tiada maruah…bagaimana nak ada maruah calon yang diletakkan pun juga hitam….Letak calon India

Nampaknya Ezam seperti sangat marah dengan orang India. Ezam marah kepada PKR, kerana PKR letak calon India. Seolah-olah Ezam menyeru pengundi jangan undi PKR kerana meletakkan calon India. Kebetulan BN juga meletakkan calon India, jadi maksud Ezam pengundi juga tidak perlu mengundi calon BN yang berketurunan India. Jika mereka hendak mengundi, mereka boleh mengundi calon Melayu kerana terdapat 6 calon Melayu yang bertanding di situ. Itulah barangkali maksud Ezam.

Selepas ini Ezam boleh meneruskan kempennya di tempat-tempat lain sekitar Bukit Selmbau. Ezam boleh meneruskan sintemen anti-Indianya itu dalam ceramah-ceramahnya. Teruslah menyeru orang Melayu supaya jangan menyokong India sama ada mereka merupakan calon PKR, BN atau bebas, tapi sokong lah cuma calon-calon Melayu dari bebas kerana kulit mereka tidak hitam. Semoga dengan seruan Ezam ini akan menjadikan masyarakat India semakin jauh dari MIC dan BN! – pendikar gunung kriang

Advertisements

Posted on 1 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: