42 Pengundi Hantu Berdaftar Atas Satu Alamat


Salam Perjuangan…

BUKIT SELAMBAU – Tamparan hebat buat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Hishamuddin Hussien (Naib Presiden UMNO) dan Mahadzir Khalid (Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah) berhubung isu pengundi hantu. Sebelum ini ketiga-tiga pihak berkenaan “bukan main” lagi menafikan terdapatnya pengundi hantu yang berdaftar di DUN Bukit Selambau. Kata mereka ini semua adalah “sandiwara” pembangkang setiap kali musim pilihanraya.

Bahkan Hishamuddin juga mempersoalkan kewajaran isu tersebut dimain, sedangkan ketika pembangkang menang isu berkenaan tidak kedengaran. Kononnya pembangkang mahu mengalih isu sebenar kerana takut dengan kekalahan dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April 2009 ini.

Maka kedengaranlah Pengarah SPR Kedah yang mahukan supaya Skuad AMK Kedah dan Timbalan Ketua AMK Pusat, Saudara Fariz Musa (foto) mengemukakan bukti tentang perkara ini. Setelah edisi siasat dibuat, maka hari ini seorang daripada tuan rumah terbabit yang terletak di Taman bandar Baru, Bukit Selambau iaitu Tuan Hj. Abd Latiff Bin Noh mendedahkan terdapat seramai 42 orang pengundi tidak dikenali berdaftar menggunakan alamat kediaman beliau. Maka Saudara Fariz Musa bersama skuad AMK akan membuat laporan polis bersama tuan punya rumah terbabit.

Bukti, Fariz bersama tuan rumah terbabit dalam sidang media di rumahnya

Bukti, Fariz bersama tuan rumah terbabit dalam sidang media di rumahnya

Laporan juga telah dibuat di Ibupejabat Polis Daerah Kuala Muda berkenaan penemuan seramai 3,029 pengundi hantu di beberapa JDM dalam DUN Bukit Selambau. Di Taman Bandar Baru sahaja sejumlah 2215 orang pengundi hantu ditemui. Jumlah keseluruhan pengundi di Taman Bandar Baru berdasarkan buku rujukan daftar pemilih SPR berjumlah 3,544 orang.

Bermakna 64% jumlah yang dikeluarkan oleh SPR tidak wujud di Taman Bandar Baru. Perhimpunan BERSIH 10 Nov 2007 mendesak dalam dalam salah satu dari memorandum agar SPR membersihkan senarai pengundi, tetapi nyata sekali memorandum ini telah dibakulsampahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya agaknya. – Pahangdaily

Posted on 1 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: