Undi PAS… bermakna tolak Najib…


Salam Perjuangan…

Hari ni 31hb. Mac, 2009 adalah ulang tahun perletakan batu asas Hotel Genting, kasinonya dan lain-lain iaitu pada 31hb. Mac, 1969. Pengerusi Genting Highlands Berhad ketika itu ialah arwah Tan Sri Mohamed Noah yang juga datuk kepada Najib Tun Razak dan Hishamuddin Tun Hussein Onn.

Inilah sumbangan UMNO untuk Melayu beragama Islam iaitu kasino terbesar di Asia Tenggara. Tak sampai 2 Bulan lepas perletakan batu asas tu berlaku trajedi 13hb. Mei, 1969.

Tak semua Melayu tahu tapi tak ramai melayu yang cerdik tinggal dalam UMNO. Tok tak mahu jadi Melayu bodoh yang mengharapkan sesuap nasi daripada UMNO dan mempertahankan setiap tindakan UMNO biarpun salah.

Hishamudin pulak gagal dalam peranannya sebagai Menteri Pelajaran. Anaknya belajar di Sekolah Antarabangsa satu hal. Kejayaan Nik Nor Madihah menjadi pelajar terbaik SPM 2008 dengan mendapat 20A adalah satu tamparan hebat buat Hishamudin. Madihah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ma’ahad Muhammadi (P) yang berada di bawah kelolaan Yayasan Islam kelantan (YIK). Kira kategori Sekolah Agama Rakyat.

Ada Kementerian Pelajaran umumkan dia atau beri anugerah kepada Madihahnya? kejayaannya telah mengalahkan semua sekolah berasrama penuh dan MRSM. Patut Kementerian Pelajaran mengambil modul pengajaran dan pembelajaran daripada Sekolah Menengah Ma’ahad Muhammadi (P) ini untuk dipraktikkan ke seluruh sekolah menengah di bawah kelolaan kementerian pelajaran.

Begitu juga dengan bantahan PPSMI oleh GMP yang diketuai oleh Sasterawan negara Datuk A.Samad Said dan Datuk Dr.Hassan Ahmad. Bila tokoh bahasa dah turun ke padang dan menyertai demonstrasi membantah PPSMI, Hishamudin masih mempertahankan egonya. Biarpun UMNO Johor dan wanita UMNO juga menyokong usul membantah PPSMI tapi hishamudin tetap menang. Nampak sangat UMNO tak perjuangkan bahasa Melayu.

Tentang cadangan Hishamudin agar guru dibenarkan berpolitik sebenarnya untuk menutup kelemahannya yang membiarkan Kementerian Pelajaran, JPN dan PPD dikuasai orang UMNO dan sering menghukum guru-guru yang menyokong pembangkang dengan menghantar mereka ke pedalaman biarpun mereka tergolong guru cemerlang.

Pegawai khas Hishamudin sendiri ialah pengarah JPN Pahang, Datuk Azmi yang juga merupakan bekas setiausaha UMNO Bahagian Pekan yang diterajui sepupunya Najib.

Kepada semua pengundi Melayu yang beragama Islam jika anda mengundi Pakatan rakyat bermakna anda menolak kepimpinan Najib sebagai PM yang akan membawa negara kita semula ke era Mahathir sebagai PM yang penuh dengan autoritarian dengan penindasan. Mengundi BN bermakna bersetuju Najib jadi PM biarpun satu dunia sudah tahu perihal kes Altantunya. Dalam Al-Jazeera turut disiarkan selain akhbar di Perancis, India, Korea, Indonesia, Australia dan lain-lain.

Pengkhianat bangsa dan raja Melayu ramai dalam UMNO.

Siapa yang berani tabalkan tengku ibrahim petra sebagai sultan kelantan ketika sultan kelantan masih hidup kalau bukan anuar musa.

Siapa yang berani bawak lari Ku Yah ke Siam dan kawin lari, adik Sultan Selangor sekarang kalau bukan Mat Taib me no spik inglish. mi no pil pom..!

Siapa yang cakap “kami nak deris, natang!” kata-kata kesat yang ditujukan kepada Sultan Mizan dan sampai sekarang polis tak siasat siapa malaun UMNO yang berkumpul di kediaman Idris Jusoh.

Siapa yang berani hilangkan kekebalan Raja-Raja Melayu kalau bukan Dr.Mahathir.

Siapa yang berani minta dedahkan semua harta Sultan dan Raja Melayu kalau bukan Shahidan Kassim.
Siapa pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara Kalau bukan…

UMNO..! – tok iskandar

Advertisements

Posted on 1 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: