Harakah, Suara Keadilan dan 13 Tahanan ISA Bebas


Salam Perjuangan…

Penggantungan dua akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik serta-merta malam ini dan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) turut dibebaskan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar, membebaskan 13 tahanan ISA, berkuatkuasa serta-merta,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun beliau tidak menyebut secara khusus dua akhbar terbabit, tetapi sudah menjadi pengetahuan umum bahawa akhbar PAS dan PKR itu telah digantung sementara penerbitannya sejak 23 Mac lalu.

Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang secara rasmi mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong jam 10.10 pagi tadi, membuat kenyataan sulung itu ke seluruh negara di TV1.

Dalam ucapannya selama lapan minit bersempena jawatan barunya itu, beliau juga berjanji untuk menyemak semula ISA dalam masa terdekat.

“Proses kajian semula terhadap ISA juga dimulakan,” tambahnya.

“Sudah tepat masanya, kita mengambil langkah-langkah sedemikian untuk mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pihak berwajib atas soal keselamatan dan mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman yang dianggap berbahaya dan munasabah.

“Kementerian Dalam Negeri akan memberi butir-butir selanjutnya selepas ini.”

Pengumuman mengejut penarikan semula penggantungan akhbar PAS dan PKR itu dijangka memberi kesan besar ke atas tiga pilihanraya kecil yang sedang berlangsung di Perak, Kedah dan Sarawak.

Tabloid dwimingguan Harakah dan mingguan Suara Keadilan digantung serta-merta selama tiga bulan mulai 23 Mac – tindakan yang dianggap cuba menghalang keberkesanan kempen dua parti itu dalam pilihanraya di parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai.

“Saya menyedari bahawa sekarang adalah masa yang cukup mencabar bagi setiap warga. Saya komited, kepimpinan akan berdiri kukuh untuk menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia, termasuk negara kita.

“Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia. Dengan ini, saya mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat ‘satu Malaysia’ – rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.” – Malaysiakini

Najib mula memainkan mainan politiknya untuk menunjukkan bahawa zaman pemerintahannya amat berbeza sekali dengan zaman pemerintahan Pak Lah. Mungkin isu ini akan menaikkan imejnya yang sebelum ini tercemar dek tuduhan yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu. Pembebasan 13 tahanan ISA dan penarikan balik penggantungan harakah dan suara keadilan mungkin adalah pancingan untuk Pilihan Raya Kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai supaya para pengundi melihat PM sekarang ini berjiwa rakyat.

Tapi yang pasti, rakyat Perak tidak dapat menerima apa yang telah dibuat olehnya dalam merampas tampuk kepimpinan kerajaan negeri Perak. Pengundi sekarang sudah pandai menilai mana yang baik dan mana yang buruk, mana pemimpin yang betul berjiwa rakyat dan mana parti yang memperjuangkan hak-hak rakyat dan sebagainya.

Advertisements

Posted on 3 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: