Najib Masih Bersedih…Rombakan Kabinet DiTangguhkan


Salam Perjuangan…

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka mengumumkn kabinet barunya petang ini akhirnya membuat keputusan menangguhkan pengumuman itu. Najib yang menjangkakan “pembaharuan” kecil yang dilakukannya mampu merampas balik dua bukit dalam pilihanraya kecil ternyata terkejut kerana rakyat Semenanjung masih enggan menerimanya. Percaturan awal Najib untuk memberi sesuatu ‘hadiah’ kepada Muhyiddin, Zahid Hamidi dan Hishamuddin dalam rombakan kabinet terpaksa difikirkannya semula kerana ketiga-tiga panglima UMNO yang mengetuai jentera pilihanraya BN nampaknya tak boleh diharap sangat hingga menyebabkan BN tewas dengan majoriti yang lebih besar di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

“Tidak ada pengumuman rombakan kabinet hari ini. Paling awal adalah esok,” kata pegawai kanan Najib seperti yang dipetik oleh berita harian online.

Jadi pengumuman paling awal esok. Itu paling awal. Paling tidak awal ialah lusa, tulat….minggu depan, minggu berikutnya dan sebagainya.

Nampaknya Najib masih bersedih, masih berdukacita dengan kekalahan dua bukit itu hingga belum mampu merombak kabinetnya. Kak Ros perlu sediakan panadol yang mencukupi sehari dua ini bagi memastikan pengumuman rombakan kabinet dilakukan secepat mungkin seperti yang dijanjikan Najib. – pendikar gunung kriang

Posted on 8 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: