Pemimpin dan penyokong BN lari lintang pukang tinggalkan Bukit Gantang


Salam Perjuangan…

Secara umum saya juga agak hairan dengan kegigihan dari pemimpin dan penyokong BN yang sanggup bertahan sehingga peti undi ditutup kelmarin. Malah di peti undi tempat saya ditugaskan kelihatan agak ramai penyokong BN yang sanggup bertahan sehinggalah jam 5 petang.

Namun hari ini suasana di Bukit Gantang sangat menyedihkan bagi parti cap kati itu. Semacamlah pemimpin dan penyokong BN sudah lari lintang pukang meninggalkan Bukit Gantang bila tahu sudah kalah.

Apakan tidak, bahan kempen BN kelihatan sangat belum berkurangan dari dibersihkan oleh petugas BN. Benarlah nasihat saya kepada beberapa orang anak muda yang bertugas memasang bahan kempen BN, paStikan dapat upah dulu baru pasang, kalau tidah susah nanti. Susahnya seperti yang saya jangkakan memang sudah datang kepada petugas BN hari ini.

Bahan kempen Bn semacam tidak diusik langsung, lucunya ada yang kelihatan mengambil kayu sahaja , ini mungkin nak qada upaH yang belum dibayar, paling kuRang boleh buat kayu api.

Di kedai kopi sudah kedengaran macam mana bayaran kontrak-kontarak yang belum berbayar “mampuslah kita katanya”.

Inilah nasib yang sedang menimpa perjuangan yang sekadar mencari kesenangan sementara di dunia ini. Sudah jatuh ditimpa tangga sudah kira standard biasa, kali ini sudah jatuh ditimpa tahi, itu lagi malang. – Idhamlim

Advertisements

Posted on 8 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: