TV3 Memang Nak Bagi BN Mampus?


Salam Perjuangan…

Pada malam terakhir kempen pilihanraya iaitu pada malam Isnin lepas, saya sedang berada di sebuah restoran mamak. TV yang sedang bersiaran di restoran itu sedang menyiarkan berita TV3. Biasalah, berita utama TV3 semuanya tentang kempen BN. Tidak ada langsung bahan berita mengenai PAS dan PKR yang turut bertanding dalam pilihanraya-pilihanraya itu disiarkan di TV3. Macam pilihanraya negara satu parti, macam pilihanraya di negara komunis!

Tiba-tiba suara pembaca berita TV3 ditenggelami suara jeritan seorang pengunjung restoran.

“Mamak, tukar channel lain!”, kata seseorang. Semua mata pengunjung tertumpu kepada pemilik suara itu – seorang pemuda berambut gondrong paras bahu, berbadan tinggi lampai dan berketrampilan seperti seorang penyanyi rock.

“Orang nak makan, dia dok propaganda, nak muntah aku. Tukar channel, mamak!” pinta pemuda itu.

Tapi permintaan pemuda tersebut tidak dihiraukan oleh pekerja restoran seramai 4-5 orang itu. Mereka meneruskan kerja masing-masing. Pemuda itu mengulangi lagi untuk kali kedua, tetapi tiada yang menghiraukannya. Apabila permintaannya yang sama untuk kali ketiga masih tidak dihiraukan, dia mara ke depan dan terus menukar siaran dari berita TV3 ke TV2. Di TV2 ketika itu ada drama Melayu yang entah apa ceritanya.

Saya melihat pekerja-pekerja restoran hanya tersenyum saja melihat siaran berita TV3 ditukar kepada drama di TV2. Pengunjung-pengunjung restoran juga tidak menghiraukan pertukaran saluran. Mungkin semua pengunjung juga menyampah dengan siaran berita TV3 yang berat sebelah itu, sebab itu tiada siapa yang menegur perbuatan pemuda itu.

Seorang pak cik pengunjung restoran berusia 60an yang berada berdekatan saya berbisik, “Kalau macam ni lah cara berita TV kita, pilihnraya umum sekali lagi, BN garenti mampoih!”

Apabila pengumuman BN tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau malam tadi, saya teringat wajah pemuda di restoran mamak itu. Dalam hati saya tertanya-tanya sampai bila siaran berita media arus perdana kita akan terus dipersembahkan dengan gaya yang diwarisi sejak 50 tahun dahulu itu? Asyik-asyik berita mengenai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri kabinet dan orang-orang yang berkepentingan dalam BN saja. Bila ada pilihanraya, semuanya cerita mengenai BN, seolah-olah parti lain tidak bertanding. Bila BN menang di Batang Ai, penonton dibawa untuk bersiaran langsung ke pusat penjumlahan undi. Bila PAS menang di Bukit Gantang dan PKR menang di Bukit Selambau, beritanya hanya disiarkan di nota kaki TV, tiada pula siaran langsung.

Untuk berlaku adil, mungkin TV kita tidak perlu menyiarkan berita antara BN dan PR mengikut nisbah sama rata 50:50. Jika nisbah berita antara BN dan PR mengikut nisbah 60:40 atau 70:30, ia sudah dikira cukup baik berbanding nisbah 100:0 atau 99:1 seperti yang diamalkan sekarang.

Jika berita yang disiarkan di TV terus dengan gaya berat sebelah seperti sekarang, rakyat semakin menjauhi siaran berita TV. Jika siaran berita tidak lagi ditonton, siapa yang akan rugi? PR rasanya tidak rugi jika rakyat tidak suka menonton siaran berita, yang rugi ialah kerajaan kerana maklumat yang hendak disampaikan tidak kesampaian kepada rakyat. Seperti kata pak cik pengunjung restoran yang saya temui 2 malam lalu, jika beginilah cara TV menyampaikan berita, dalam PRU ke-13 nanti BN pasti mampus! – pendikar gunung kriang

Posted on 8 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Oleh kerana menyampah kepada TV3 dan TV1 aku dah tak tengok berita sejak lama dahulu lagi. Surat khabar arus perdana aku beli seminggu sekali aje.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: