Yang Menang Ditendang, Yang Tewas Dijulang


Salam Perjuangan…

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri sebagai anggota kabinet barunya.

Mengikut tradisi UMNO terdahulu, Ketua Pemuda akan diberi jawatan dalam kabinet. Namun Najib mengambil langkah drastik dengan mengenepikan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dari menganggotai kabinet. Sebaliknya Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim dilantik mengganggotai kabinet sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Kesemua sayap lain dalam UMNO mendapat jawatan kabinet masing-masing: Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai Menteri Kemajuan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, manakala Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir pula yang tewas kepada Khairy dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Nampaknya Najib telah melaksanakan tugas dengan baik. Khairy yang menang ditendang, Mukhriz yang tewas dijulang.

Tun Dr Mahathir pasti tersenyum menantu Pak Lah, musuhnya, tiada dalam senarai kabinet. Senyumnya lebih melebar kerana anaknya walaupun tewas diberi jawatan dalam kabinet.

Selamat datang ke kabinet, pengaruh Mahathir telah kembali!! – pendikar gunung kriang

Advertisements

Posted on 10 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Biasalah tuan!Kalau menang pun cara kotor takkanlah nak junjung juga?kalau junjung juga ,nanti dia berak atas kepala apa macam?
    Hara-harap tiada Khairy dalam PAS.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: