10 Adun BN boikot Dun Terengganu


Salam Perjuangan…

 11 Adun Terengganu membuat sidang akhbar dan tidak menyertai sidang Dun

11 Adun Terengganu membuat sidang akhbar dan tidak menyertai sidang Dun

Politik Terengganu semakin panas hari ini, apabila hanya dua Adun BN yang menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri hari ini manakala 11 lagi tidak menyertainya.

11 Adun BN yang diketuai Rosol Wahid (Ajil) itu mengadakan sidang akhbar di Hotel Felda dan tidak menyertai sidang Dun yang berjalan pagi tadi.

Mereka mengadakan sidang akhbar itu jam 9.30 pagi selepas tiga dari mereka menerima ancaman bunuh melalui SMS.

Salah seorang Adun yang menerima SMS ugut dari Pejabat MB membuat aduan kepada polis. Gambar BERNAMA

Salah seorang Adun yang menerima SMS ugut dari Pejabat MB membuat aduan kepada polis. Gambar BERNAMA

Ketiga-tiga mereka adalah Datuk Rosol Wahid (Ajil), Zakaria Ariffin (Paka) dan Halim Jusoh (Pemaisuri).

Yang tinggal dalam Dun adalah Exco kerajaan negeri serta MB, Datuk Ahmad Said, dua Adun BN iaitu Hulu Besut (Nawi Mohamad) dan Kemasik (Rosli Othman) di samping Adun dari PAS.

Hanya seorang sahaja Adun BN dari 11 orang itu yang masuk ke Dun selepas selesai sidang media itu iaitu Wan Hakim Wan Mokhtar.

10 yang lain tidak menyertai sidang itu sehingga Dun berehat pada jam 12.30 tengahari tadi.

Semalam, Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dari PAS mencadangkan agar Dun dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya semula diadakan. – Siasah

Advertisements

Posted on 14 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: