Penduduk Bukit Lanjan mahu Eli kekal


Salam Perjuangan…

Kira-kira 200 penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong telah berkumpul di Dewan MBPJ Bandar Utama 3 bagi memberikan tanda sokongan kepada wakil rakyat mereka yang juga Anggota Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor.

Program yang bermula jam 1.00 tengahari itu dimulakan dengan ucapan para pemimpin NGO yang pernah sama-sama terbabit di dalam akitivi dan pernah berjuang bersama Elizabeth Wong.

Mereka menganggap bahawa Elizabeth tidak semestinya meletak jawatan dan berharap agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat mengekalkan Elizabeth sebagai Exco Kerajaan Negeri dan menolak perletakan jawatan oleh beliau.

Selain daripada itu, mereka juga berharap agar mesej mereka dapat difahami oleh Elizabeth sendiri.

Mereka juga membidas pihak yang cuba menjatuhkan pemimpin Pakatan Rakyat dengan menggunakan taktik yang membabitkan hal peribadi.

Jelas mereka lagi Bukit Lanjan tidak seperti Bukit Gantang, Perak. Pengundi di Bulit Lanjan tidak mahu pilihan raya kecil dilakukan sekali lagi di tempat mereka.

“Elizabeth telah bertugas dengan baik dan tidak pernah menghampakan kami,” jelas salah seorang yang hadir di Dewan itu.

Peserta majlis tersebut sangat berharap agar Elizabeth dapat bersama mereka semula.
Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne, ahli Suara Rakyat Malaysia dan juga aktivis yang lain.

Mereka juga berasa hampa kerana Elizabeth tidak muncul di majlis tersebut yang diserikan dengan tarian naga dan pembebasan puluhan burung yang melambangkan erti kebebasan. – Siasah

Posted on 14 April 2009, in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: