Undi Tak Percaya & Ugutan Bunuh


Salam Perjuangan…

YB Halim (berbaju kuning) dan YB Zakaria menunjukkan repot polis yang telah dibuat mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu awal pagi ini

YB Halim (berbaju kuning) dan YB Zakaria menunjukkan repot polis yang telah dibuat mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu awal pagi ini

Kira-kira pukul 1.00 pagi tadi, sekumpulan wartawan pelbagai media berkejar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kerana dijemput untuk membuat liputan dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang membuat laporan polis terhadap satu SMS berbau ugutan bunuh yang diterima mereka.

Sehingga kini tidak diketahui jumlah sebenar ADUN yang menerima SMS berkenaan. Bagaimanapun para wartawan dimaklumkan, sehingga pukul 1.00 pagi ini, hanya tiga ADUN telah menerima SMS dengan ugutan yang sama daripada nombor telefon pengirim yang sama. Dua daripadanya – YB Zakaria @ Mohd Ariffin (BN Paka) dan YB Halim (BN Permaisuri) telah membuat laporan polis di Kuala Terengganu, manakala seorang lagi ADUN, YB Dato’ Rosol (BN Ajil) membuat laporan polis di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu.

Berikut adalah kenyataan laporan polis yang telah dibuat oleh YB Zakaria :

PADA 13.4.2009 JAM 11.21 MALAM, SEMASA SAYA BERADA DI DALAM BILIK NO 906 HOTEL FELDA RESIDENT, JALAN BALIK BUKIT K/TERENGGANU SAYA TELAH MENERIMA SATU SMS UGUTAN YANG DITUJUKAN KE TELEFON SAYA YANG BERNOMBOR 019-9186181 DARIPADA NOMBOR TELEFON +60199158369 DIPERCAYAI MILIK SETIAUSAHA SULIT KANAN KEPADA MENTERI BESAR TERENGGANU YANG BERNAMA HAJI WAN AHAMAD BIN WAN MUDA YANG BERBUNYI “BAIK JANGAN TERUSKAN NIAT YB. YB TAK SAYANG NYAWA?” SAYA MERASA AMAT TAKUT DENGAN UGUTAN TERSEBUT YANG MENGANCAM NYAWA SAYA, MAKA SAYA DATANG KE BALAI BUAT REPOT. SEKIAN REPOT SAYA.

Segalanya gara-gara nak terkencing dan terberak kerana kononnya akan ada usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu yang bakal dibuat oleh ADUN-ADUN BN dalam sidang DUN Terengganu yang dijadual menyambung persidangannya mulai pukul 9.30 pagi ini.

Begitulah dunia politik masa kini yang serba canggih sehingga menenggelamkan kewarasan dan kecerdikan sendiri. – jaranganakmelayu.blogspot.com

Posted on 14 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: