Kontroversi, Kerabat DiRaja Dan Tokoh Korporat Malaysia Terlibat Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Arak Terbesar Iaitu Carlsberg !


Salam Perjuangan…

Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam hadhari seperti Malaysia ini. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita yang kononnya sebuah negara Islam.

Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan keraba di raja menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.

Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manakala tokoh korporat berkenaan pula ialah Jen.(B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali bin Dato’ Mohd. Seth (Bekas Jeneral Angkatan Tentera Malaysia) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (Tokoh Koporat dan Pengarah Scomi Berhad).

Tambah mengejutkan bila nama Y.A.M Tunku Naquiyuddin juga termasuk dalam senarai tiga orang senarai mereka yang akan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru sebelum ini.

Mujurlah yang terpilih akhirnya adalah Duli Tuanku Mukhriz yang memang tepat sekali pilihan baginda sebagai Raja dan Yang Di Pertuan Besar Negri Sembilan, Bumi Adat di Semenanjung Tanah Melayu ini. Jikalah tersalah keputusan Undang Undang Negeri menabalkan Naqiyudin sebagai Yang Di Pertuan Besar, maka silap haribulan negara kita Malaysia ini kelak akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong yang juga “Tauke Kilang Arak”.

Sebagai bukti berkenaan dengan perkara ini sila klik sini untuk mengenali Pengarah pengarah Syarikat arak Carlsberg Brewery Malaysia Berhad atau klik sini untuk laporan eksklusif oleh Reuter. – cucumatkilau / pahangdaily

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali  (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan)

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan)

Advertisements

Posted on 15 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 6 Komen.

  1. patut la depa pertahankan sangat kilang arak kat Malaysia.. ada kepentingan rupanya. tak cukup makan ke sampai sampai nak amik benda2 haram ni? Semoga Allah pelihara kita, agama kita, masyarakat kita dan Malaysia kita dari kehancuran..

  2. isy2. tak patut. terang-terang ada nama dalam board of directors. dah bape tahun ni? apasal skang baru tau?

  3. Ya Ampun….bukakanlah pintu hidayah bg mereka utk brtaubat agar kami terselamat dari azab Mu ya Allah…

  4. Alah apa nak heran kalau dah jenis minum arak…

  5. uih , truknyer la.. mcm mane ekonomi nak maju kalau ade bnde yang tak betul . kite doakan saje agar mereka dapat hukuman yang setimpal , doa kan mereka dibuka hati dan dilapangkan dada agar menghentikan gejala tak bermaruah nih , amin ya rabbala’alamin .,…..

  6. akhir zaman,
    money talk folks…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: