Utusan UMNO Menentang Gagasan One Malaysia?


Salam Perjuangan…

Akhbr Utusan malaysia hari semalam telah membawa satu headline yang bersifat rasis untuk membangkitkan perasaan perkauman terutama di kalangan masyarakat Melayu dengan tajuk “Bangkitlah Melayu”.

Dengan bermula menyeru orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan diikuti dengan ingatan bahawa kononnya mereka perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu ianya dilihat sebagai satu usaha yang bertentangan dengan slogan One Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Tulisan tersebut menambah, “Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka”.

Akhbar Utusan yang dikuasai Umno yang memegang 50.46 peratus ekuitinya dilihat kebelakangan ini sentiasa menimbulkan isu-isu provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam secara bebas telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbau perkauman.

Di dalam senario di mana UMNO kini kian tersepit, maka diusulkan percantuman parti UMNO dan PAS konon dapat menguatkan kuasa politik orang Melayu.

Utusan memetik kata-kata dari Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Muhammad Aziz

“Pada masa sama orang Melayu pun kenalah sedar, asyik bercakaran sesama sendiri, tak untung Melayu sedangkan kita main politik untuk apa kalau tidak untuk membela Melayu.

“Jadi UMNO dan Pas kena duduk, tak kan dalam berbeza tak ada persamaan. Atas persamaan ini kita duduklah semeja dulu,” tambahnya.

Apa yang dilakukan oleh akhbar Utusan tersebut jelas merupakan satu usaha yang bertentangan dengan apa yang dislogankan oleh Najib yang dengan gagasan One Malaysia menyatakan:

“Di bawah konsep Satu Malaysia ini bererti bahawa kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”.

Justeru itu ramai pengalisis politik berpendapat gagasan One Malaysia yang dibawa oleh Najib hanyalah satu gimik padahal hakikat sebenarnya UMNO masih tebal dengan sifat perkauman seperti yang dibuktikan oleh tulisan di dalam Utusan Malaysia milik mereka.

Masyarakat Melayu khususnya dari kalangan kelas menengah yang berpelajaran peringkat tinggi telah menolak UMNO yang dilihat sebagai sebuah parti usang yang sarat dengan pelbagai masalah seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa serta pemimpin-pemimpin mentaliti duniaketiga yang tidak mungkin parti itu dapat diperbaiki.

Sementara itu harakahdaily melaporkan, menurut Pengerusi Institut Modeniti dan Tamadun Melayu (Cesmacs), Dr Muhammad Nur Manuty, konsep ‘One Malaysia’ adalah satu ‘rebranding’ yang biasanya dibawa oleh pemimpin baru.

“Pemimpin yang baru akan bawa konsep baru dan benar ini adalah satu penanda bahawa BN gagal dalam dasarnya sebelum ini,”jelasnya

Tambahnya, walaupun selama ini kerajaan telah perkenalkan pelbagai dasar tetapi dengan ungkapan Najib ini jelas bahawa beliau akur dan mengakui kegagalan yang dihadapi oleh BN.

“Walaupun sudah 50 tahun memerintah ternyata mereka gagal. Bermakna memang benar seperti yang disebut bahawa konsep ‘one malaysia’ adalah satu rebranding kerana sebelum ini ternyata BN dan kerajaan gagal dalam melaksanakan konsep kesamarataan terhadap rakyatnya,”katanya terhadap persoalan bagaimana gagalnya BN dalam dasar-dasar sebelum ini. – greenboc

Posted on 17 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. BCA,Modal Insan, Islam Hadhari dan kini 1 Malaysia pula. Ini semua retorik dan slogan untuk menarik perhatian rakyat bawahan supaya menyokong mereka. Taktik lama yang rakyat sendiri sudah bosan dan menyampah lagi meluat. Sememangnya rakyat ‘ungrateful’, kenapa kerana kerjabuat mereka adalah untuk menipu rakyat. Tanyalah pada manusia mana sekalipun di dunia ini, “Adakah kamu ‘grateful’ kepada orang yang cuba menipu kamu” Orang gila sahaja yang akan kata ‘ya’.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: