YDP PAS Kawasan Pasir Mas Kekal


Salam Perjuangan…

Semalam telah berlangsungnya Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pasir Mas Kali Ke-56 yang telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas.

Mesyuarat Agung kali ini telah dirasmikan oleh Ust Dato’ Mohamed Daud Iraqi, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Kehadiran pada mesyuarat kali ini mencatatkan rekod baru iaitu 688 perwakilan disebabkan oleh mesyuarat kali ini ada pertandingan YDP iaitu antara penyandang YDP Ust Ismail Noh vs Abd Hamid Aziz.

Bagi jawatan Timbalan YDP dan Naib YDP, menang tanpa bertanding iaitu YB Hj. Hanifa Ahmad dan YB Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman.

Tetapi para perwakilan masih menghormati kepada Ustaz Ismail Noh dengan memberi kepercayaan untuk memimpin PAS Kawasan Pasir Mas bagi sesi 2009 – 2011.

Saya ucapkan tahniah di atas kemenangan yang diperolehi Ustaz Ismail Noh dan semua ahli jawatankuasa yang dipilih untuk menerajui PAS Kawasan Pasir Mas. Tahniah dan terima kasih juga kepada SPR daripada kawasan Kuala Krai yang bertungkus lumus sampai ke petang dalam mengendalikan urusan pemilihan pada kali ini.

Sebelum itu Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas telah mendapat ketua yang baru iaitu Ustaz Mohd Suazhar Abdullah, Timbalan Ketua masih kekal dan Naib Ketua disandang oleh Ustaz Ahmad Fadhli Shaari (menang tanpa bertanding).

Begitu juga dengan kepimpinan Dewan Muslimat yang masih mengekalkan kepimpinan yang lepas.

Diharapkan sama ada yang menang mahupun yang kalah dapat memberi kerjasama dalam menggerakkan gerak kerja bagi menjamin PAS terus subur dan terus mendapat tempat di hati penduduk di Pasir Mas khasnya dan Kelantan amnya.

Advertisements

Posted on 18 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: