Najib Akui UMNO BN Salah Pilih Calon


Salam Perjuangan…

Perdana Menteri YAB Najib Tun Razak mengakui UMNO-BN tersilap memilih calon untuk setiap kali pilihanraya apabila beliau membuat kenyataan terbuka menyatakan rakyat tidak menolak Barisan Nasional (BN) sebaliknya menolak kepemimpinan yang tidak dekat di hati mereka.

Kebenaran kata-kata Najib tersebut dapat dilihat apabila ditinjau faktor utama kekalahan UMNO-BN di Kuala Terengganu yang sekalipun UMNO-BN telah “turun padang” habis-habisan namun kecundang di tangan calon PAS, YB Abdul Wahid Endut.

UMNO-BN yang menurunkan Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada ketika bukanlah calon yang digemari ramai di kawasan pilihanraya berkenaan kerana Wan Farid dilihat pemimpin dari kelompok elit yang tidak mesra-rakyat.

Penglibatan Wan Farid bersama abangnya Wan Hisham dan Khairy dalam mencilok Wang Ehsan dari royalti minyak negeri kepada kroni mereka, Patrick Lim dalam projek-projek membazir seperti Monsoon Cup, Pulau Duyong, Masjid Kristal dan lain-lain tidak dapat disorokkn dari pengetahuan rakyat.

Di Bukit Gantang, UMNO-BN menurunkan Ismail Safian. Ismail telah kalah kepada ADUN Trong Datuk Rosli Husin bagi merebut jawatan ketua bahagian UMNO Bukit Gantang. Itu sudah cukup untuk membuktikan UMNO memilih calon yang sudah awal-awal lagi ditolak oleh ahli UMNO sendiri.

Terlebih buruk apabila terdapat pemimpin UMNO-BN sendiri yang membongkar rahsia Ismail Safian dengan isu Danok yang akhirnya UMNO-BN melopong tidak mampu menangkis lagi apabila rakyat melakukan screening terakhir terhadap calon BN itu.

Di Bukit Selambau, Ganesan dari MIC-BN yang pada awalnya diramalkan mempunyai harapan cerah pun tidak terlepas dari screening rakyat apabila beberapa penduduk India membuat laporan polis dimana Ganesan dikatakan telah menipu pemilik rumah. sewaktu mejadi peguam kepada 127 pemilik rumah baru di KUAH LANGKAWI.

Namun ramai penganalisis politik berpendapat kenyataan Najib tersebut boleh disangkal kerana BN kalah bukan sekadar calon-calonnya yang penuh dengan pelbagai skandal, tetapi adalah kerana arus kebangkitan rakyat yang berlaku semenjak tsunami politik melanda pada PRU12 tahun lalu yng telah menolak BN.

BN dilihat sebagai sebuah parti yang korup dan rasuah disamping mempunyai track record kegagalan membela nasib rakyat setelah 52 tahun berkuasa. – greenboc

Posted on 19 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: