Tindakan UMNO BN Tidak Bertanding PRK Penanti Ditentang Samy Vellu


Salam Perjuangan…

Dalam satu perkembangan yang agak menarik ura-ura Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Najib Tun Razak yang membayangkan kemungkinan untuk BN tidak bertanding di dalam pilihanraya kecil N12 Penanti telah menerima tentangan dari Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu.

Samy menyatakan kalah atau menang BN kena masuk bertanding. Beliau menegaskan bahawa tindakan BN untuk menarik diri dari bertanding memberi gambaran bahawa BN takut untuk menghadapi pembangkang.

Samy yang lupa diri telah tewas di Sungai Siput ditangan Dr D Jeyakumar untuk Parlimen Sungai Siput yang telah dipegangnya selama 9 pengal. Jeyakumar memperolehi 16,874 undi dan Samy 14,408. Satu saat dukacita untuk Samy Vellu ang menyambut hari lahirnya yang ke 72.

Beliau telah kembali memegang jawatan Presiden MIC setelah pencabarnya Muthupalaniappan mendapat hanya 53 pencalonan apabila 48 daripadanya ditolak atas sebab tidak mengikut perlembagaan parti dan undang-undang kecil pilihan raya presiden.

Najib sebelum ini berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihanraya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.

“Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis `Sambutan Meraikan Perdana Menteri’ peringkat Parlimen Pekan hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Sehubungan itu, Najib yang juga presiden Umno berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.

“Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN,” katanya.

Pilihanraya kecil DUN Penanti bakal diadakan berikutan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR mengosongkan kerusi DUN itu berkuatkuasa dua hari lepas.

Banyak pihak mencadang agar Samy sendiri diletakkan untuk bertanding di kerusi Penanti untuk melihat samada bliau mampu membawa kemenangan atau pun tidak untuk BN.

Sementara itu, Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), Shahrizat Abdul Jalil berharap semua parti komponen akan menyokong cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun hari ini berhubung kemungkinan BN tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Beliau menyatakan: “Cukuplah dengan helah pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Entah apa yang dimaksudkan helah pembangkang tidak dijelaskan. Beliau yang juga telah diaibkan apabila tewas di dalam pilihanraya 2008 lalu di Parlimen Lembah Pantai di tangan calon termuda PKR, Nurul Izzah Anwar dengan memperoleh 18833 undi manakala Nurul Izzah mendapat 21728.

Ramai penganalisis politik berpendapat jika UMNO-BN bertanding juga di Penanti ia sengaja mencari penyakit dan perlu bersiap sedia untuk menerima kekalahan.

Kini Najib bersama sekalian ahli-ahli UMNO dan BNnya terpinga-pinga serba-salah. Masuk bertanding atau tidak masuk bertanding – kemaluan tetap terbuka jelas.

Jika masuk bertanding apa-apa yang dikatakan Najib pada hari ini jelas pembohongan dan akan menjadi modal Pakatan Rakyat yang tidak perlu berkempen tetapi cukup memutarkan ucapan Najib di Pekan hari ini. Jika tidak masuk bertanding pula, betul apa yang Samy vellu kata, BN memang sudah takut dengan Pakatan Rakyat. – greenboc

Advertisements

Posted on 19 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Dato Ser Samy Velu, umno dah tahu kesudahan skrip PRK Penanti pasti memalukan mereka. Olih itu MIC ajele bertanding atas tiket MIC bukan BN.

  2. Malaysiaboleh

    Biarlah Samy jadi calon buktikan keberaniannya~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: