Watak ‘dendam’ Abdullah mula membayangi kabinet Najib?


Salam Perjuangan…

Kegoncangan Umno/BN hari ini semakin parah walaupun kepimpinannya sudah bertukar wajah dari Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Episodnya hampir sama dengan apa yang berlaku di zaman Abdullah yang ketika itu menerima serangan hebat dari Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutu-sekutunya.

Di zaman Abdullah, krisis antara Dato’ Md Isa Sabu dan Dato’ Seri Shahidan Shahidan susulan keputusan mengejut istana Arau membelakangkan bekas menteri besar itu selepas BN menguasai kembali Perlis, Mac tahun lepas.

Gejala yang sama berlaku di Terengganu apabila istana mengangkat Dato’ Ahmad Said bagi menggantikan Dato’ Seri Idris Jusoh.

Bagaimanapun Idris melepaskan jawatan pengerusi badan perhubungan Umno kepada Ahmad tidak lama selepas itu.

Hari ini, Najib pula dihadapkan dengan pelbagai kemelut yang berlaku seperti di Terengganu dalam isu berkaitan Idris Jusoh dan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said; isu keretakan hubungan antara Shahidan Kassim dan Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Md Isa Sabu; isu siapa bakal dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor dan isu kabinet Najib yang di ‘remote control’ oleh Tun Mahathir.

Skripnya hampir sama dan watak yang melakonnya tak ubah dan hanya mungkin akan bertambah dengan beberapa lagi watak yang akan muncul selepas ini.

Seperti kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, kegemparan ini episodnya sama seperti yang berlaku di zaman Tun Abdullah, namun masa sahaja yang berbeza yang mana watak tetap melakonkan serangan untuk pihak yang sedang berkuasa.

Tidak dinafikan, persepsi umum kini terarah kepada tindakan Najib yang langsung mengesampingkan wajah-wajah Abdullah yang masih ada dalam kepimpinan Umno seperti Khairy Jamaluddin.

Mahu atau tidak,Najib kini mula dihadapkan dengan watak Abdullah yang akan berterusan menyerang kepimpinan Najib yang berjiwa Tun Mahathir.

Pelantikan Mukriz Tun Mahathir selaku Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) sendiri mencetus satu kegawatan kepada kalangan kepimpinan Pemuda Umno apabila ketuanya, Khairy tak menjawat satu pun jawatan dalam kabinet.

Secara jelasnya bak kata beberapa pemerhati politik dan blog, pelantikan Mukriz hanya menambahkan lagi api permusuhan antara Abdullah dan Mahathir, namun targetnya pastinya Najib.

Hari ini mungkin krisis sepuluh wakil rakyat BN Terengganu yang dikatakan tidak menghadiri hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri akan menjadi titik permulaan serangan Abdullah terhadap Najib melalui watak-watak yang masih ada dalam kepimpinan Umno versi Najib.

Kemelut Umno di negeri Perlis sebagai tambahan kepada corat-coret adegan yang akan berkesinambungan dalam pemerintahan Najib yang bakal menyaksikan tekanan yang berlaku kepada Abdulah sebelum ini akan berlaku juga kepada Najib.

Mungkin ada benarnya kata Mahfuz Omar bahawa hayat politik Najib mungkin lebih singkat dalam melengkapi teori RAHMAN.

Apakah krisis ini jalan permulaan kepada kehancuran politik Najib, sama-sama kiota saksikan. – WAN NORDIN WAN YAACOB (Editor Harakah) / TVA

Posted on 19 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: