KRISIS POLITIK PERAK: Amat merbahaya terhadap kestabilan institusi kehakiman


Salam Perjuangan…

Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) melihat tindakan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN mewujudkan tauladan yang amat merbahaya terhahap keutuhan institusi kehakiman dan konsep pengasingan kuasa.

Menurut Saudari Bhavani Banu yang juga merupakan Timbalan Presiden 3 (BERSATU PERAK) berkata keputusan Mahkamah Persekutuan boleh ditafsirkan sebagai mencampuri badan eksekutif dan menjejaskan imej dan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman.

Menurut beliau lagi,,Keputusan itu juga secara lansung mendedahkan kemungkinan semua keputusan badan kehakiman berkaitan isu yang sama pada masa yang lepas dipertikaikan serta disemak semula.

Beliau juga mempersoalkan mengapa mahkamah tidak membuat apa-apa keputusan mengenai ‘Persidangan Bawah Pokok’ yang dibuat pada 3 Mac 2009 lalu. Dalam persidangan itu, keputusan Jawatankuasa Hak & Kebebasan untuk menggantung 7 orang ahli Dewan Negeri itu telah diterima dan diluluskan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan menimbulkan lebih banyak keraguan kerana ianya telah campurtangan dalam prosiding Dewan Negeri.

Rakyat kini telah digambarkan, apa sahaja keputusan yang dibuat pada hari ini boleh diabaikan oleh Dewan Negeri kerana ia hanya merupakan satu deklarasi dan bukannya mandamus atau certiorari. Beliau menegaskan bahawa deklarasi itu hanyalah pendapat yang tidak menguatkuasakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

Dewan Negeri mempunyai undang-undang tersendiri. Undang-undang itu hanya boleh ditafsirkan oleh Speaker. Samada Speaker bertindak secara betul ataupun tidak, hanya dewan sahaja yang boleh membincangkan hal ini melalui usul yang dibawa. Keputusan Speaker hanya boleh dicabar dalam Dewan itu sendiri.

Bhavani Bhanu juga mengatakan bahawa Mahkamah telah mentafsir kuasa -kuasa Speaker, adalah tidak baik jika Dewan Negeri juga memberi pendapatnya mengenai keputusan-keputusan Mahkamah. Beliau mengatakan bahawa deklarasi yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan adalah suatu sejarah baru yang menambahkan lagi krisis hitam badan kehakiman dan perundangan negara. – Mohd Hafez Sabri / idhamlim

Posted on 20 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. JADUAL KUNJUNGAN AL-ALLAMAH AL-MUHADDIS AL-HABIB UMAR BEN HAFIZ HAFIZAHULLAH KE MALAYSIA

    JADUAL KUNJUNGAN AL-ALLAMAH AL-MUHADDIS AL-HABIB UMAR BEN HAFIZ HAFIZAHULLAH

    KE MALAYSIA

    1) ISNIN , 11 MEI , 6PTG – 10 MLM :

    JILSAH DI MASJID AL-FALAH USJ 9 ,

    SUBANG JAYA , SELANGOR

    2) SELASA, 12 MEI, 6PTG-10 MLM:

    JILSAH DI MASJID SELAT ,

    PULAU MELAKA, MELAKA

    3) RABU , 13 MEI , 6PTG – 10 MLM :
    JILSAH DI MASJID WILAYAH,

    JALAN DUTA, KL
    http://pondokhabib.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: