Rupa-rupanya Najib Pulang Sebagai Presiden Umno, Bukan PM


Salam Perjuangan…

Entah bagaimana, secara tidak sengaja pagi tadi ketika memandu kereta, Tok buka radio dan tiba-tiba terdengarlah ucapan Datuk Seri Najib un Razak. Ucapan di Padang MPK, Kuantan kira-kira jam 10 pagi itu dipancarkan secara langsung.

‘Kepulangan’ pertama Najib menjejakkan kaki ke bumi Pahang setelah bergelar ‘orang nombor 1” sejak dua minggu lalu itu, tentulah mendapat sambutan hangat rakyat yang terdiri daripada pelbagai peringkat. Maklumlah setelah 33 tahun berlalu, inilah kemunculan kedua seorang perdana menteru dari Pahang.

Setelah mendengar secara tenggelam timbul dan tidak memperhalusi sangat ucapan Najib, Tok dapat simpulkan dua perkara daripadanya.

Pertama, ucapan sulung sekembalinya beliau dari KL itu tidak melambangkan beliau pemimpin kepada semua kelompok kerana isi ucapannya tidak banyak berbeza dengan penggulungannya semasa perhimpunan agung Umno dulu.

Malah Najib sempat berkempen untuk Umno, memuji diri sendiri dan menghentam pembangkang.

Ini sudah tentu amat mengecewakan rakyat negeri Pahang yang bukan orang Umno. Apakan tidaknya, kos persiapan menyambut Najib di Kuantan diambil daripada kantung kewangan kerajaan negeri iaitu wang rakyat, bukan diambil dari poket seluar orang Umno. Malangnya majlis yang sepatutnya ditumpukan kepada sambutan seorang ketua negara (seperi pengumuman projek-projek baru untuk negeri Pahang) itu bertukar menjadi majlis menghentam parti di luar BN. Walhal parti-parti tersebut, meskipun dilabelkan pembangkang, merupakan organisasi berdaftar secara halal dan merupakan sebahagian institusi negara yang menyuburkan demokrasi dan keamanan.

Malah di penghujung ucapannya Najib sempat menjeritkan “Hidup Barisan!” sebanyak tiga kali. Meskipun isu ini bukanlah kritikal sangat, tetapi kesannya besar. Jika seorang PM pun tidak tahu membezakan antara majlis Umno dengan majlis tajaan kerajaan dan rakyat (bukan ahli Umno saja), maka apa yang dapat diharap kepada sikap profesional orang-orang Umno di peringkat bawah.

Bak kata pepatah, jika guru kencing berdiri maka anak murid akan kencing berlari! Bukti terdekat, sikap kakitangan Majlis Daerah Maran sendiri yang tergamak merompak bendera PAS di tanah milik peribadi di Jengka seperti yang disiarkan laman ini baru-baru ini.

Di tempat-tempat lain pun sama, tapi kita cerita lain kali!

Kedua, dapat dibayangkan bahawa betapa takutnya Najib dengan PRK Penanti berikutan kekosongan kerusi berkenaan.

Dalam ucapannya di padang MPK itu, Najib mengatakan PRK tersebut adalah pembaziran! Barangkali Najib lupa bahawa itu adalah harga kepada demokrasi dan peruntukan perlembagaan dalam negara ini. Kenapa dipersoalkan.

Kosnya sudah tentu tidak sebanyak komisyen kapal selam yang Najib terima dulu. Jika jutaan ringgit wang (rakyat) yang dikeluarkan pun, itu bagi mempertegaskan hak belasan ribu pengun di Dun Penanti. Ia masih tidak sebanyak wang komisyen setengah bilion ringgit hanya untuk beberapa kerat individu.

Lebih jauh daripada itu, bukannya masalah kewangan itu sangat yang dirisaukan Najib. Apa yang membuatkan beliau dan Umno fobia ialah keputusan PRK itu nanti.

Najib sudah tentu tidak mahu memegang rekod sebagai PM paling banyak kalah PRK walaupun baru dua minggu memegang kuasa. Apa lagi selalu disebutkan, keputusan mana-mana pilihan raya merupakan referandum, petunjuk pengaruh dan penghakiman rakyat terhadap beliau dan kepimpinannya.

Inilah sebenarnya yang amat ditakuti Najib! – Tok Sidang / greenboc

Posted on 20 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. KALAU DAH PAKAI SERBAN TAK USAHLAH KUTUK KUTUK ORANG POLITIK. NANTI MASUK NERAKA!

  2. kepada lokmanhashim…

    kenapa berfikirAN ALA keldai kurap……..kalau tak mahu berpolitik atau bercerita tentang politik,jgn baca laman web yang berkaitan politik,duduk saja dibawah tempurung kelapa kejumudan fikiran ahli2 umno.

  3. Tau tak tau, pandai tak pandai tentang politik itu lain hal…tetapi masih ingatkah sedare2 sekalian kata-kata Najib selepas keputusan PRK Permatang Pauh tahun lepas yang Najib berjanji bahawa tak ada kekalahan lagi buat UMNO/BN selepas PRK Permatang Pauh….sampai bila-bila…

    Seronok juga tengok kaputusan PRK selepas Permatang Pauh….hanya Batang Ai yang memihak kepada PK..yang lain semua BN menang besar….rasakan!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: