Nik Abduh Cuba Cipta Musuh Baru


Salam Perjuangan…

Aku tidak suka orang bongkak

Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang lontarkan idea “Kerajaan Campuran” atau “unity Goverment”, dalam keadaan PAS sedang “berkahlwat” dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, ideanya itu kurang mendapat sambutan dari ahli-ahli PAS sehingga memaksa beliau menarik balik apa yang telah dilontarkannya itu.

Murshidul Am PAS, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz secara keras menyatakan tidak senang dengan idea itu sehingga menimbulkan suasana sedikit tegang antara Presiden dengan Murshidul Am.

Hari ini saya membaca blog Sanggah Tok Sago yang memuatkan satu artikal yang ditulis oleh anak Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Nik Abduh, mengenai sikap sebenar Murshidul Am PAS itu terhadap “Unity Goverment”.

Nik Abduh mendakwa penolakan keras ayahnya terhadap unity goverment disebabkan beliau telah diberi penerangan yang salah oleh pembantu-pembantunya mengenai unity goverment itu. Malah beliau mendakwa penasihat-penasihat yang mengelilingi ayahnya, terdiri dari kalangan mereka yang sengaja mahu melaga-lagakan antara ayahnya dengan Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Lebih keras lagi, Nik Abduh menyifatkan penasihat-penasihat ayahnya itu adalah kalangan orang yang belajar agama secara ‘mee celup” tetapi mendakwa sebagai ulamak dengan istilah-istilah ugama yang dihafal dan bukan difiqihi.

Nik Abduh juga menyatakan usaha yang dilakukan oleh pembantu-pembantu ayahnya itu adalah sesat disisi tuhan dan mendoakan semoga Allah membalas kejahatan yang telah mereka lakukan.

Saya tidak kenal siapa penasihat-penasihat yang dimaksudkan oleh Nik Abduh itu dan saya juga tidak kenal dengan Nik Abduh itu sendiri, walaupun beberapa ketika saya pernah berkecimpung secara dekat dengan PAS. Ini mungkin kerana saya tidak berapa dekat dengan ulamak yang betul-betul mengaji tetapi lebih banyak berkawan dengan “ulamak mee celup”. Makumlah saya ini dari kalangan sang kutu seperti Bakaq Hak.

Mungkin kerana saya ini dari kalangan sang kutu, saya tidak dapat menerima kenyataan bongkak seperti yang ditulis Ustaz Nik Abduh itu. Bukanya saya tidak suka “orang ugama” tetapi saya tidak suka orang ugama yang bongkak yang perasan mereka sahaja yang akan masuk syurga.

Walaupun saya tidak kenal siapa penasihat-penasihat Tok Guru Nik Aziz, tetapi saya percaya mereka bukanlah dari kalangan yang mahu melihat perpecahan PAS. Kalau tidak masakah Tok Guru masih mempercayai mereka.

Takkanlah Tok Guru Nik Aziz yang selama ini dihormati oleh segenap lapisan bangsa kerana kehebatannya berpolitik, tidak dapat mengenail antara yang baik dengan yang tidak baik? Takkan mungkin Tuan Guru menerima bulat-bulat nasihat dari pembantu-pembantunya tanpa mengambil kira pemikirannya sendiri?

Kalau Nik Abduh benar-benar yakin dengan apa yang diperkatakannya itu betul, kenapakah beliau tidak memberitahu terus kepada ayahnya, sedangkan beliau tinggal serumah dan bertemu setiap hari dengan ayahnya.

Kenapa orang yang mahu merosakkan perjuangan PAS dibiarkan mengerumuni ayahnya. Apakah bukan satu dosa kalau kita membiarkan sahaja orang yang memang kita tahu mahu mengkhianati perjuangan Islam?

Bersetuju atau tidak bersetuju dengan unity goverment ini, hanyalah perbezaan pendapat sahaja. Bukankah tidak ada larangan dalam Islam untuk kita berbeza pendapat. Memihak atau pun tidak bersetuju dengan pendapat seseorang pemimpin adalah perkara biasa dalam persatuan atau parti politik. Jadi apa salah kalau ramai yang bersetuju dengan Nik Aziz tetapi tidak bersetuju dengan Haji Hadi.

Janganlah terlalu mudah menghukum orang yang tidak bersetuju dengan pendapat dan pandangan kita sebagai penghianat perjuangan. Orang yang tidak belajar ugama secara khusus diperlekehkan dengan berbagai gelaran. Mereka mahu kepada perjuangan Islam itu pun sudah seribu rahmat. – http://rahimkassim.blogspot.com


Hari ini Kawan Esok Musuh, Hari ni Musuh esok Kawan

Sinar Harian hari ini mengeluarkan tajuk muka depan “Usaha lagakan Nik Aziz – Hadi, Anak Mursyidul Am dakwa ini konspirasi ‘pembantu-pembantu’ ayahnya.

“Di mana pergi pembantu-pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi Tuhan? Semoga Allah melaga-lagakan antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!” – Nik Abduh.

Berita Sinar Harian mungkin dipetik daripada tulisan bertajuk “kerja-kerja bodoh dalam pas” dalam blognya.

Saya tertarik dengan perkataan ‘pembantu-pembantu’ yang dimaksudkannya. Kesemua pemimpin samada PAS atau BN semuanya ada pembantu. Bukan hanya Muryidul Am PAS saja ada Pembantu, Presiden PAS juga ada pembantu di sekeliling mereka. Bahkan Nik Abduhpun ada pembantu.

Ada pembantu rasmi dan ada juga yang tidak rasmi. Pembantu rasmi Mursyidul Am adalah timbalan Mursyidul Am dan jawatankuasanya serta pegawai-pegawai yang dilantiknya manakala yang tidak rasmi adalah sahabat sekeliling termasuklah keluarga.

Begitu juga Presiden ada pembantu. Pembantu rasmi Presiden adalah Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta pegawai-pegawai di bawahnya.

Saya lihat isu yang dibangkitkan Nik Abduh adalah disekitar ‘Kerajaan Perpaduan atau Unity Goverment’ yang ditolak oleh Muryidul Am berikutan pengaruh pembantu-pembantu Mursyidul Am PAS itu.

Sepatutnya tidak timbul lagi isu ini kerana Presiden PAS sudah menarik cadangannya mengenai ‘Kerajaan Perpaduan’ selepas bermesyuarat dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 12 April 2009. Saya tahu keputusan ini bukan kerana mesyuarat itu tetapi melalui Berita Harakah ‘Cadangan Kerajaan Perpaduan tidak berbangkit lagi – TARIK BALIK! yang terbit pada 20-23 April 2009. Semua baca Harakah, tetapi tak faham juga!!

Tetapi olehkerana tidakpuashati Nik Abduh cuba untuk mencari sebab kenapa Cadangan Presiden itu diTarik Balik. Lantas menuduh ‘Pembantu-Pembantu’ Mursyidul Am yang serba tahu itu melaga-lagakan isu ayahnya dengan Presiden. Atau Pembantu-pembantu Nik Abduh suruh tulis perkara ini. Takkan begitu. Saya rasa tulisan Nik Abduh ini adalah ‘tulisan ikhlasnya’ ini, tetapi semakin menambah masalah kepada dirinya sendiri.

Saya nampak Nik Abduh cuba mencipta musuh baru pula, baca pula komen-komen tulisannya itu, antaranya yang termuat dalam “aku tidak suka orang bongkak” baca di sini (artikel di atas), nampak sangat fitnah semakin menjadi. Saya rasa rentikanlah. Tak untungpun.

Kita jangan lupa Hari ini Kawan Esok Musuh, Hari Ini Musuh Esok Kawan.
Baik lawan musuh daripada dok tikam kawan-kawan.
Berlawan dengan musuh dapat pahala, belum tentu dapat pahala bila bertikam dengan kawan-kawan.

Tetapi mungkin juga kawan-kawan disangka musuh, Musuh disangka kawan. – http://jiwokelate.wordpress.com

Posted on 27 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. pandangan yang berasas adalah pandangan yang dikuatkan dengan hujah daripada quran, hadith, isu semasa politik dan sebagainya. soal yang kita hadapi melalui sanggahan kasar nik abduh membuka mata kita semua bahawa kita sedang bergomol dengan isu yang cukup tidak matang. sedangkan situasi sekarang pas menjadi tepat pandangan semua kumpulan politik.

    kita bercakar disebabkan pandangan seseorang berdeasarkan hujahnya.sedangkan hujah yang diberikan merupakan hujah pandangan peribadi……

    so lihat lah dari sudut kepentingan dan kerugian yang parti alami disebabkan pandanagn peribadi diutamakan bukanlah kedudukan dan keselamatan parti diutamakan

  2. kita menghormati pandangan nik abduh kerana isu ini berkait rapat dengan keluarga terdekatnya. namun kita kena lah berpijak dengan memikirkan soal jatuh bangun politik didalam segala tindak tanduk kita…..

    kitakan sedang berada dalam kencah politik,,, jadi dimana strategi politik kita sebelum bertindak….fikirlah kesan politik yang kita dapat dengan tindakan kita….

    mengapa org yang kita anggap berpengalaman dlm dunia politik boleh terlupa membezakan diantara isu dalaman (yang sepatutnya menjadi rahsia parti) dengan isu luaran ( yang perlu diukur diatas keutamaan strategi politik )..

    kalu soal basic begini dalam politik pun kita dah melatah, bagaimana dengan onak yang lebih mencabar dalam politik masa depan…….????????

    tak sangka betul

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: