Cepatnya PKR Mengasah Parang!!


Salam Perjuangan…

Sekali ini PKR begitu cepat ‘mengasah parang’, mengatur strategi untuk berperang! Ya, PKR yang biasanya ‘terkelakang’ dalam mengumumkan calonnya bertanding pilihan raya kecil mengambil langkah awal menamakan bakal calon parti itu bagi kerusi DUN Penanti. Ia akan diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini (Selasa). Pagi kelmarin SPR menetapkan 23 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti dan jika ada pertandingan, hari mengundi adalah pada 31 Mei.

Calon PKR yang diwar-warkan untuk DUN Penanti ialah Dr. Mansor Othman, Timbalan Pengerusi Berhubungan PKR Pulau Pinang. Dr Mansor, 56, bukanlah calang-calang pemimpin. Beliau bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), yang pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar semasa beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu. Beliau juga pernah mengemukakan borang sebagai calon PRK Permatang Pauh sebagai strategi kemungkinan pencalonan Anwar ditolak.

Dengan latar belakangnya yang hebat, tidak hairan, Dr Mansor dikatakan menjadi pilihan utama Anwar untuk bertanding di Penanti dan mungkin dipilih mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang kosong sekarang, jika beliau memenangi pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil Penanti adalah pilihan raya kecil keenam yang diadakan selepas pilihan raya umum pada 8 Mac tahun lepas. DUN Penanti mempunyai 72.68 peratus pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa. Jika PKR menang sebagaimana yang dijangka ramai, rekod kemenangan PR dalam pilihanraya kecil akan melebar kepada 5-1. – pendikar gunung kriang

Advertisements

Posted on 28 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: