Menanti di Penanti


Salam Perjuangan…

Adalah lebih baik bagi Barisan Nasional (BN) untuk tidak menyertai pilihan raya kecil (PRK) Penanti di Pulau Pinang pada Mei 31 depan. Apa pun keputusannya, Pakatan Rakyat lebih berpeluang untuk menang.

Adalah Secara tidak rasmi, kempen PRK itu sudah pun dimulakan. Dengan lebih sebulan berkempen mulai sekarang, sukar bagi Umno dan BN untuk memecahkan kekuatan kubu ampuh Parti Keadilan Rakyat ini yang letaknya dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh milik ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adalah Bagi BN, menyertai PRK ini bererti membantutkan pelurusan usaha reformasi Datuk Seri Najib Razak yang bertungkus-lumus mahu menzahirkan slogan 1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan. Ia bermakna pemimpin-pemimpin utama Umno dan BN perlu turun padang untuk berkempen.

Adalah Kempen politik bererti mendabik dada mengangkat bakul serta menyumpah seranah pihak lawan. Media arus perdana yang belum dimerdekakan oleh Najib — walaupun antara janjinya adalah untuk mengemaskinikan proses demokrasi dan meluaskan ruang kebebasan bersuara — terpaksa menumpukan usaha propaganda BN.

Adalah Ini bermakna penyertaan BN dalam PRK Penanti akan membantutkan sebulan usaha propaganda Najib untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat terutamanya kaum bukan Melayu yang semakin jauh hati mereka dari barisan parti pemerintah pusat.

Adalah Sebaliknya, jika BN tidak terlibat dalam PRK ini, Pakatan Rakyat pula yang akan dilanda masalah sepanjang 30 hari akan datang. Semua pemusatan tenaganya bertumpu kepada kempen pilihan raya semata-mata.

Adalah Tanpa bantuan media arus perdana, Pakatan terpaksa lebih gigih berusaha untuk memastikan kemenangan yang lebih besar untuk membuktikan sokongan pengundi di Penanti. Malah, sudah tentu calonnya terpaksa berhadapan dengan beberapa calon bebas. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika calon bebas adalah dari kalangan bekas pemimpin PKR atau mana-mana parti sahabat Pakatan.

Adalah Pergulatan seperti ini akan mendedahkan kemaruk politik dalam Pakatan tanpa perlu membabitkan Umno atau BN. Ia akan mengurangkan saham Pakatan yang mula dipersoalkan oleh pengundi atas pagar yang semakin gelisah dengan suasana ekonomi gawat.

Adalah Ia juga akan mengurangkan pendedahan positif usaha kerajaan-kerajaan negeri Pakatan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan kerana tumpuan utama terpaksa diberikan kepada PRK Penanti.

Adalah Di sini Najib yang dilihat bersungguh-sungguh — walau pun pelaksanaannya belum terserlah lagi — untuk mencari jalan memulihkan ekonomi dan mengagihkan semula habuan-habuan ekonomi kepada semua kaum, sebagaimana yang dijanjikannya awal bulan ini.

Adalah Melalui media arus perdana, Najib memperkenalkan hasrat hatinya hari demi hari tanpa perlu diulas oleh pengarang-pengarang kanan media pro-BN yang masih terkapa-kapa memahami usaha Perdana Menteri untuk memulihkan keyakinan rakyat.

Adalah Beliau dilihat cuba membawakan suaranya sendiri tanpa tafsiran mana-mana pihak yang mungkin tersalah takrif hasratnya.

Adalah Jika Najib berjaya mengelakkan diri dari membawa BN ke Penanti, usahanya dapat diluncurkan terus tanpa halangan. Malah jika setiap hari RTM atau mana-mana stesyen TV yang sememangnya terpaksa akur dengan pemerintah menyiarkan wawasan Najib secara langsung, lama-kelamaan keyakinan yang diharapkan itu mungkin mula kembali dirapatkan.

Adalah Setidak-tidaknya rakyat Malaysia yang sememangnya konservatif amat mengharapkan pemulihan ekonomi kerana persoalan penting bagi mereka yang berkeluarga adalah ekonomi rumah tangga. Pedih bagi kalangan aktivis untuk menerima hakikat ini tetapi jika makanan di rumah terpaksa dicatu, ramai kalangan rakyat sanggup bertukar sokongan kepada mereka yang mampu memastikan keluarga di rumah cukup makan dan selesa tempat tinggal.

Adalah Cabaran besar bagi Najib dalam isu PRK Penanti sebenarnya datang dari dalam Umno sendiri, Di kalangan mereka, politik juara dan jaguh kampung yang bererti pantang undur sudah menjadi seperti satu ideologi. Ramai kalangan Umno mahu BN bertanding walau pun sedar peluang untuk menang agak tipis, Jika ini menjadi penentuan, ia adalah berita baik untuk Pakatan Rakyat.

Adalah Apa yang Pakatan Rakyat mahukan, khususnya untuk PKR, adalah mempamerkan kekuatan untuk menumbangkan Umno dan BN buat kesekian kalinya sejak Mac 8 tahun lalu. Kekalahan BN di Penanti akan sekali lagi menggugat hati rakyat yang mungkin sudah sedikit sejuk kembali ke pangkuan Umno dan BN.

Adalah Cumanya Najib kini berhadapan dengan keadaan di mana ditelan mati emak diluah mati bapa. Dan dari apa sudut pandangan sekali pun, Perdana Menteri perlu masak berfikir sebelum membuat keputusan.

Adalah Keputusan yang akan dibuatnya juga bakal menentukan sama ada Najib benar-benar pemimpin yang berkuasa penuh atau masih terpaksa tunduk kepada suara-suara di luar lingkungan kepimpinannya.

Adalah Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan terus diingat sebagai pemimpin yang terlalu banyak mengubah keputusannya kerana dikelilingi terlalu ramai penasihat. Tidak cukup dengan itu, Abdullah juga digodam dari dalam dan luar oleh wira parti yang tidak pernah menunjuk rasa hormat kepada Perdana Menteri.

Adalah Jika Najib terjerumus dalam perangkap yang sama, apa sahaja yang beliau mahu usahakan bagi membawa perubahan hanya akan tinggal angan-angan. Dan Umno serta BN akan terus dilanda krisis keyakinan.

Adalah Yang pasti Pakatan Rakyat sudah cukup bersedia untuk menghadapi Umno dan BN di Penanti. – Wan Hamidi Hamid

Posted on 29 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: