PRK Penanti : Umno Putuskan Isnin Depan


Salam Perjuangan…

Keputusan sama ada Umno akan turut bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei depan, akan diputuskan dalam mesyuarat biro politiknya Isnin depan.

Mesyuarat tersebut yang akan dipengerusikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 5 petang.

Pada mulanya, mesyuarat tersebut dijadual diadakan petang esok, tetapi ditangguhkan hingga Isnin depan, jam 1 tengahari.

Anggota lain biro tersebut ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Turut hadir ialah Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Umno serta pengerusi badan-badan perhubungan Umno negeri.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah memutuskan tarikh penamaan calon bagi pilihanraya kecil tersebut pada 23 Mei depan.

Kerusi tersebut kosong selepas penyandangnya, bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai ADUN di situ pada 16 April lalu.

Semalam, PKR mengumumkan Datuk Dr Mansor Othman, 58, sebagai calonnya di Penanti.

Pemilihan timbalan pengerusi PKR Pulau Pinang itu diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang semalam. – TVA

Advertisements

Posted on 30 April 2009, in Pilihan Raya Kecil and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: