Apabila Panggilan Pengkritik Zambry Masuk Siaran Langsung RTM


Salam Perjuangan…

Pagi tadi sekitar jam 8.40 pagi ketika saya sedang bersiap untuk keluar rumah, mata sempat menjeling ke siaran TV1 di dalam rumah saya. Ketika itu di dalam TV terpampang gambar 2 pengacara TV – seorang lelaki dan seorang wanita – bersama tetamu yang sedang membincangkan isu ragut dan mat rempit. Sambil mendengar celoteh pengacara dan tetamu, pengacara membuka peluang untuk pendengar memberi pandangan. Lalu keluarlah pelbagai pandangan yang kebanyakannya menghentam mat rempit dan peragut yang dalam masa beberapa hari ini telah menyebabkan 3 nyawa terkorban.

Saya tidaklah terlalu memberi perhatian terhadap pandangan-pandangan dalam TV kerana saya perlu keluar rumah segera. Tapi tiba-tiba telinga saya menangkap perbualan seorang lelaki yang berdasarkan suaranya saya kira separuh umur yang turut memberi pandangan terhadap gejala rempit ini. Pendengar ini menyalahkan ibu bapa yang katanya memberi kebebasan kepada anak menunggang motor, walaupun usia masih semuda 10 tahun. Dia memberi contoh dirinya sebagai pemimpin keluarga yang tidak mengizinkan anaknya menunggang motor selagi belum mempunyai lesen yang sah.

Tiba-tiba dari isu rempit, pendengar itu bercakap pula mengenai isu pemimpin yang seperti sesetengah ibu bapa, tidak menunjukkan contoh yang baik. Inilah yang menarik perhatian saya untuk dikongsi dalam blog ini.

“Ibu bapa sekarang tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Mereka seperti juga Kerajaan sekarang yang tidak memberi contoh yang baik kepada rakyat. Contohnya apa yang berlaku di Perak, kami rakyat Perak pilih Kerajaan yang baik, tapi mereka tukar kepada kerajaan yang….”

Tiba-tiba belum lagi habis pemanggil itu menghabiskan pandangannya,talian tersebut diputuskan oleh pengacara TV. “Terima kasih pemanggil kita…panggilan seterusnya…”, kata pengacara TV sambil tersipu-sipu senyum.

Dalam hati saya berkata, jika pemanggil itu menyokong Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kudeta Perak, adakah panggilannya akan diputuskan? – pendikar gunung kriang

Posted on 8 Mei 2009, in Semasa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: