Esok MB Nizar disahkan MB Perak?


Salam Perjuangan…

Tuanku Raja Muda Perak telah mengingatkan pemain politik di Perak bahawa Baginda berada di atas politik. Baginda juga mengulang titah bahawa istana masih berpegang kepada prinsip perlembagaan iaitu istana tidak boleh mencampuri urusan politik kepartian. Baginda masih peka dan tidak pekak dengan pergolakan politik yang sedang berlaku dinegerinya. Tuanku Sultan lebih arif dengan kuasa-kuasa istana seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Oleh itu tidak perlulah rakyat membuang masa mempertikaikan keputusan istana.

Prinsip Raja Berperlembagaan telah menetapkan bahawa Tuanku Sultan tidak boleh menolak untuk melantik mana-mana kumpulan yang menjadi majoriti di Dewan Undangan Negeri daripada membentuk kerajaan. Sama ada majoriti ini diperolehi secara sah atau tidak sah, ianya tidak boleh diadili oleh istana. Akan menjadi satu kesalahan kepada istana jikalau menolak kehendak majoriti. Tiga ADUN lompat yang menyertai BN telah menyatakan kesediaan mereka di hadapan Tuanku Sultan untuk menyertai keluarga BN. Tuanku Sultan tidak boleh mempertikaikan keputusan SPR yang menolak keputusan Speaker bahawa kerusi-kerusi tersebut telah dikosongkan. Tuanku Sultan juga tidak boleh mengatakan bahawa majoriti rakyat tidak memilih UMNO. Dalam minda UMNO, rakyat hanya berguna di dalam pilihanraya sahaja. Selepas pilihanraya, wakil rakyat sahaja yang berguna.

Sekiranya Tuanku Sultan menolak kehendak majoriti ADUNnya, Baginda boleh dibicarakan di Mahkamah Khas. Tuanku Sultan tidak bersedia menjadi sultan pertama di Malaysia yang akan dibicarakan di Mahkamah Khas. Istana mungkin telah lama menyedari bahawa adalah terlalu sukar untuk mengalahkan pemimpin UMNO di mahkamah.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan tentang status MB Perak pada petang Isnin, 11 Mei 2009. Tarikh ini begitu sinonim dengan tarikh penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. Pengalaman pahit bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Salleh Abas mengharamkan UMNO telah menjadi igauan ngeri kepada mana-mana hakim yang mengadili kes-kes yang melibatkan kepimpinan UMNO. Keputusan mahkamah mestilah menyebelahi UMNO walau dengan apa cara sekalipun. Untuk makluman pembaca, Tuanku Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara selepas Tun Mohd Salleh Abas.

Mahkamah Tinggi telah mempunyai dua keputusan bersama alasan kehakiman untuk menghalalkan mana-mana keputusan . Sekiranya Mahkamah Tinggi mengesahkan MB DPulau sebagai MB Perak, krisis politik di Perak akan terus berpanjangan sehingga PRU 13. Kesannya, PR akan semakin kuat dan UMNO pula semakin lemah. UMNO hanya akan bermain dengan isu derhaka kepada istana. UMNO akan mengalihkan kemarahan rakyat kepada istana. Saya yakin yang kepimpinan PR mungkin mengharapkan agar Mahkamah Tinggi mengesahkan MB DPulau sebagai MB Perak. Sekiranya MB DPulau kekal sebagai MB Perak, isu ini akan sentiasa disegarkan sehinggalah PRU 13.

Sekiranya MB Nizar pula yang disahkan sebagai MB Perak, maknanya kemarahan rakyat akan kembali menyejuk. PM Satu Malaysia dan MB DPulau akan dengan bangganya memberitahu rakyat bahawa UMNO menerima keputusan mahkamah dengan perasaan terbuka. Ini adalah bukti bahawa UMNO tidak mempengaruhi keputusan mahkamah. Tuanku Sultan pula mungkin bertitah, “Selaras dengan keputusan mahkamah dan permintaan MB Nizar pada 4 Februari lalu, beta perkenankan DUN Perak dibubarkan”.

Kesimpulannya, UMNO akan lebih bermasalah jikalau MB DPulau disahkan sebagai MB Perak. Peluang untuk UMNO memerintah Perak adalah 50-50 jikalau MB Nizar yang disahkan sebagai MB Perak. Lebih baik UMNO berhadapan dengan pembubaran DUN daripada menghadapi kemelut politik tidak berpenghujung di Perak. Ini kerana sebaik sahaja MB NIzar disahkan sebagai MB Perak, DUN Perak akan dibubarkan. Sementara menunggu MB baru, SUK Perak yang akan diamanahkan mentadbir negeri ini. Pelbagai helah dan ikhtiar akan digunakan untuk memenangkan UMNO di Perak.

Jikalau ditanya pendapat saya tentang pilihan keputusan mahkamah esok, saya lebih suka MB DPulau yang disahkan sebagai MB Perak. Walaupun mahkamah mengesahkannya sebagai MB Perak, rakyat Perak tetap menganggapnya sebagai MB DPulau sahaja. – http://jantantuya.blogspot.com/

Advertisements

Posted on 10 Mei 2009, in Semasa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: