Umno Gelabah, 20,000 Bukan Islam Sertai Kelab Penyokong PAS


Salam Perjuangan…

Penyertaan 20,000 masyarakat bukan Islam ke dalam Kelab Penyokong PAS sejak ia ditubuhkan pastinya ‘mengancam’ kestabilan politik Barisan Nasional (BN) pada masa depan kata, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu,, demikian lapor harakahdaily.

Justeru itu katanya secara tidak langsung membuatkan Umno dan BN terasa bahang kemerosotan sokongan makin menghampiri politik sempit yang diamalkan sejak 50 tahun lalu.

“Ahli Kelab Penyokong PAS kini mencecah 20,000 orang seluruh negara dan perkembangan itu menggugat pengaruh Umno dan BN.

Kerajaan tahu sekiranya masyarakat bukan Islam berpaling tadah dari menyokong BN hayat parti itu semakin pendek, ” tegasnya dalam sidang media bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa selepas merasmikan ‘Konvensyen Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang’ di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth semalam.

Kata beliau lagi, kemasukan itu berikutan terpengaruh dengan model yang ditunjukan oleh Kerajaan Kelantan yang bersih dari gejala rasuah dan tidak mengamalkan diskriminasi dalam pemerintahan.

Tambahan lagi, keaktifan lajnah yang diterajui oleh Dr Mujahid sendiri menjadi daya tarikan tersendiri kerana selama ini golongan terbabit beranggapan PAS sebuah parti ekstrim yang tidak mahu mendengar serta menerima pandangan atau budaya kaum lain, katanya.

“Dulu mereka nampak PAS jahat Umno dan BN baik. Tetapi, hasil pendekatan yang dilaksanakan rupa-rupanya PAS adalah parti yang terdiri daripada pejuang yang ikhlas dan jujur, ” tambahnya.

Selain daripada faktor politik di Kelantan kata Mohammad Sabu, dialog yang ketara merupakan faktor mempengaruhi kecenderungan mereka untuk bersama PAS atas nama ‘PAS For All’.

PAS Pusat juga bertekad akan meletakan status kelab ini ke satu tahap sesuai dengan peranan mereka dalam usaha membantu parti agar masyarakat mereka turut serta memperjuangkan keadilan, kesejahteraan dan kedamaian, katanya.

Sementara itu, Dr Mujahid yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Negeri menambah, di Pulau Pinang sendiri mempunyai keahlian seramai 2,000 orang.

Paling ramai di Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor.Konvensyen ini katanya, untuk mencari kesepaduan di samping untuk mencari jawatankuasa yang akan memimpin Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang.

“Saya berterima kasih Dr Oii yang sanggup menjadi Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang sehingga hari ini. Untuk membantu beliau mesti ada jawatankuasa yang dapat bekerjasama mencari formula baru setiap masa,” kata Mujahid. – greenboc

Posted on 11 Mei 2009, in Semasa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: