BN wajar tanding, kata Nik Aziz


Salam Perjuangan…

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak pernah ketandusan calon untuk diletakkan dalam mana-mana pilihan raya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

“Calon sudah ada, ramai, tua muda semuanya ada dan layak, PAS tidak pernah ketandusan calon terbaik.

“Insya-Allah, kita akan letakkan calon tempatan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di markas PAS Taman Melewar, Gombak dekat sini, hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Malek Urai, Kelantan akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi semalam.

Ditanya mengenai Barisan Nasional (BN) yang akan meletakkan calon di Manek Urai, Nik Aziz menyambut baik keputusan itu kerana katanya, sebagai sebuah parti politik yang sah, BN sememangnya harus bertanding.

“Bila BN tidak mahu bertanding tempoh hari (di Penanti), dia telah menjadi taraf parti Bebas.

“Kalau sebagai sebuah parti politik yang sah, dia akan bertanding dengan cara mana sekali pun,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, PAS mengamalkan sikap terbuka untuk membenarkan kaum Cina dan India memegang jawatan Menteri Besar Kelantan dengan syarat mereka harus beragama Islam, warak dan berkelayakan.

“Islam tidak gunakan bangsa sebagai sesuatu yang ditonjolkan.

“Walaupun Kelantan majoritinya Melayu tapi kalau Cina Muslim, India Muslim, belajar Islam di universiti dan luar negeri, saya sanggup berkempen di kalangan masyarakat Kelantan lantik dia jadi Menteri Besar.

“Umno sebut ketuanan Melayu, kita sebut ketuanan Islam,” katanya.

Katanya, jika Umno ingin bekerjasama dengan PAS, mereka perlu menukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam.

Berhubung pemilihan parti pada Muktamar PAS Ke-55 bulan depan, Nik Aziz berkata, beliau percaya perwakilan akan membuat pilihan yang tepat.

Beliau melahirkan sokongan kepada calon-calon yang mahu bertanding kerana mahu membantu dan menyayangi parti, bukan yang sengaja bertanding untuk mencetuskan gangguan. – mStar

Posted on 23 Mei 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: