Penduduk adakan “talkin” untuk UMNO di kawasan Shafie Apdal


Salam Perjuangan…

Akibat tidak puas hati dengan isu tanah, penduduk Semporna, Sabah telah “mentalkinkan mayat Umno” di kawasan parlimen Naib Presiden parti itu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sekeping gambar yang merakamkan upacara bantahan itu kini mula beredar di internet.

Gambar itu memaparkan empat lelaki berbaring diselimuti bendera Umno di atas sebuah pentas.

Sekumpulan kira-kira 40 penduduk kampung, berdiri di hadapan “mayat” berkenaan dan mengangkat tangan seolah-olah sedang berdoa.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Saharin, berkata beliau difahamkan bahawa gambar itu dirakam di kawasan Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Menurut sumber, peristiwa ini berlaku di kawasan Naib Presiden Umno dari Sabah. Ia merupakan protes penduduk setempat kerana tidak puas hati dalam isu tanah,” kata Badrul.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohammad Abdullah dan ketua bahagian PKR Semporna, Abdul Wahab Ali berkata penduduk Semporna amat tidak berpuas hati berhubung status pemilikan tanah yang diusahakan mereka.

Menurut Mohamad, tanah yang diusahakan penduduk sejak 1986 telah diambil alih semula oleh kerajaan negeri pada tahun 1999. Segala usaha untuk mendapatkan hak mereka gagal setakat ini.

Usaha mendapatkan ulasan Mohd Shafie dalam satu sidang medianya di Kuala Lumpur semalam tidak berhasil apabila beliau enggan menjawab sebarang soalan berkaitan politik. – TVA

Posted on 23 Mei 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: