Mohd Sapani Zakaria Dipelawa Sertai PAS


Salam Perjuangan…

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas, Mohd Sapani Zakaria yang meletakkan jawatan ekoran kecewa dengan kepimpinan UMNO Pasir Mas dipelawa untuk menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) di dalam usaha untuk meneruskan perjuangan memartabatkan bangsa dan agamad di bumi Malaysia ini. Ini kerana UMNO sendiri sudah terbukti tidak berminat untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu apatah lagi agama Islam ekoran sikap pemimpinnya yang lebih mementingkan kepentingan diri sendiri berbanding dengan dasar perjuangan.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas sedia memberikan tempat kepada saudara Mohd Sapani untuk bersama-sama bagi meneruskan agenda perjuangan suci ini. Kita yakin, beliau sepenuhnya menyedari bahawa UMNO khususnya di Pasir Mas sudah tidak lagi boleh diharapkan sama sekali ekoran pelbagai skandal dan politik wang yang membelenggu kepimpinan khususnya ketika berdepan dengan pemilihan di peringkat bahagian pada tahun lepas.

Beliau membuat pelawaan demikian sebagi mengulas laporan Sinar Harian semalam berkenaan perletakan jawatan Sapani sebagai Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Mas ekoran kecewa dengan kepimpinan UMNO Pasir Mas.

Kita juga menyeru semua ahli UMNO yang lain agar turut sama sedar dengan senario yang berlaku pada hari ini yang menyaksikan penolakan besar-besaran rakyat terhadap kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Semua ini membuktikan bahwa masa depan UMNO sudah hampir sampai ke garisan penamat. Oleh yang demikian, tidak ada gunanya lagi ahli-ahli UMNO berjuang mempertahankan parti yang sudah ditolak oleh rakyat bukan sahaja di dalam pilihanraya umum yang lalu bahkan di dalam siri-siri pilihanraya kecl selepasnya.

Advertisements

Posted on 3 Jun 2009, in Semasa and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. alahai….takkan PAS pun nak jadi reject shop macam PKR???

    apa2 pun…sblum nak terima bekas ahli kipas-susah-mati a.k.a fanatik UMNO…better brainwash dulu otak ahli baru nie….kasi penicillin ker, metronidazole ker….utk hapuskan penyakit2 kudis & berjangkit yg diwarisi dari UMNO.

    takut nnt…masuk PAS….dia kekal dgn perangai UMNO….buat sesuatu kerana duit, minta project itu ini, lobi utk dpt tender itu ini, fitnah & adu domba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: