Pemuda Pas Kelantan Kecam Tindakan Provokasi Yang Bacul Di Selatan Thailand


Salam Perjuangan…

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melahirkan rasa kesal dan dukacita di atas kejadian yang menimpa umat Islam di Selatan Thailand berikutan pembunuhan 11 orang jemaah masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, Golok, ketika sedang bersolat Isyak yang dilakukan oleh 6 orang lelaki berseragam hitam dan bertopeng.

DPPNK mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam dan bacul ini serta menyifatkan perkara ini sebagai suatu bentuk provokasi oleh pihak-pihak tertentu yang tidak mahu keamanan bertapak di bumi Selatan Thailand ini.

DPPNK juga mendesak agar kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas dengan meminta kerajaan Thailand membuktikan komitmen mereka untuk menyelesaikan masalah di Selatan Thailand sebagaimana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva semasa melawat Malaysia pada hari sama kejadian ini berlaku.

DPPNK berpendapat bahawa jalan yang paling berkesan bagi membendung kejadian seperti ini daripada berulang adalah dengan memberikan keluasan kuasa pentadbiran dan pemerintahan kepada rakyat di Selatan Thailand itu melalui kuasa autonomi. Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi punca kepada kemelut yang tidak berkesudahan ini adalah kerana pertembungan antara budaya dan agama yang sudah sekian lama tiada penyelesaian.

DPPNK juga memohon agar kerajaan dan penganut agama selain Islam di Thailand supaya dapat menghormati agama dan budaya Islam yang diamalkan oleh majoriti penduduk Selatan Thailand.

Akhir sekali, DPPNK menyeru kepada seluruh umat Islam yang mencintai keamanan di seluruh Malaysia agar memperbanyakkan solat dan doa, memohon agar Allah memberikan kekuatan dan keamanan kepada saudara kita di Selatan Thailand.

Sumber :
YB Abdul Latif Bin Abdul Rahman
Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang

Posted on 10 Jun 2009, in Semasa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: