Kerajaan Perpaduan : Nasharudin Mat Isa Digesa Keluar PAS


Salam Perjuangan…

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

“Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

“Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

“Apa buat sampah, menyusahkan,” menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai “boneka Umno.”

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

“Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu… keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

“(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

“Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.”

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata “beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut” pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini “telah masuk perangkap Umno” berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

“Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah,” katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

“Kalau semua setuju…PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri,” katanya. – malaysiakini

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat menggesa Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa keluar parti itu dan sertai Umno ekoran isu perbincangan kerajaan perpaduan PAS-Umno-BN.

Nik Aziz juga merupakan Mursyidul Am PAS. – mstar

Lidahku kelu tak terkata bila mana hati seorang pimpinan teratas PAS terguris. Maka segalanya kemungkinan bakal berlaku. Isu ini mungkin menjadi hangat bila mana ianya keluar menjelang PRK Manek Urai.

Ianya mungkin menjadi isu penting buat Umno/BN untuk meraih kemenangan di manek Urai. Kena kerja kuat la sikit orang-orang PAS bagi memastikan Manek Urai dapat dipertahankan. Najib pula mula tersenyum lebar.

Posted on 17 Jun 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. salam.

    camni la. korang tak letih ke bergaduh, bertarik muka, bermasam, berduka lara, antara melayu islam dan melayu islam? apabila aku dengar idea kerajaan perpaduan ni, aku sangat berlapang dada, dan aku sangat sangat teringinkan perpaduan antara dua parti terbesar islam dan melayu. jangan ingat ni semua kerja2 nak sabotaj pas. cukuplah! umno dalam keadaan tenat, pas pon bukan kuat sangat. kalau dua parti melayu islam ni tak dapat cari titik pertemuan tapi asyik nak berkelahi aje, yang rugi ialah orang islam dan melayu!

    yang tak suka idea kerajaan perpaduan ini ialah MCA, DAP, PKR. kenapa? sebab mereka mahu lihat orang islam terus berpecah dan lemah, jadi mereka bolehlah buat tuntutan tuntutan! sudahlahhhh, jangan bersengketa. datuk nasarudin di pilih secara demokrasi! idea dia dan hadi awang tentang kerajaan perpaduan ini adalah SEBELUM muktamar, dan nampaknya ahli PAS memilih nashardin dengan majoriti besar. ini petanda ahli PAS pon mahukan perpaduan ini! kami dalam UMNO pon teringin sangat nakkan perpaduan ini! bagilah perak, kelantan, kedah, selangor kepada PAS. bagi lah jawatan menteri yang penting kepada PAS. yang untung siapa? ISLAM! MELAYU! kalau lani, umno kena tekan dek gerakan dan MCA, PAS pulak esok esok dia menang dalam PR kamu semua fikir kamu boleh jadi dominan? mintak maaf, anwar lebih rakus dari itu!

    sokong perpaduan UMNO dan PAS demi Islam dan melayu! apabila bangsa lain melihat orang islam dan melayu kuat, bangsa lain akan turut serta!

    • memang betul umno dan pas adalah melayu islam…..tapi adakan islam umno itu sama dengan islam pas????????tu yang susah pas nak join sekali ngan umno…ubah dasar umno..insyallah den org pertama masuk umno

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: