Bila Mufti Perak Macam Menteri


Salam Perjuangan…

Sebermula tersebutlah kata yang empunya ceritera Orangkaya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkatalah ia kegagalan mahu mengadakan kerajaan perpaduan itu kerana harakah Islam (PAS). Maka terkejutlah sekalian orang banyak, kerana Orangkaya Mufti itu bercakap seperti berkedudukan menteri, adanya.

Adapun akan harakah Melayu (UMNO) di Perak selepas bepenghulukan Orangkaya Pangkor Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir, dibiarkan Tan Sri Harussani bercakap melawan harakah Islam. Maka tak diketahui Orangkaya Mufti sama ada ianya tara menteri, atau diperintah oleh Duli Yang Dipertuan menjaga hal ehwal agama sahaja.

Syahdan, maka sekali persetua Kadi Yusof hendak pergi sembahyang Jumaat lalu betul pintu Maulana Abu Bakar. Tatkala itu Maulana Abu Bakar ada berdiri di pintunya. Maka dilihat oleh Kadi Yusof akan Maulana Abu Bakar dikeliling oleh cahaya seperti sumbu dian yang dikeliling api, demikianlah rupanya.

Sebelum itu pada hati Kadi Yusof di Melaka dialah yang alim agama, tak seorang pun yang melebihi ia mengenai ilmu agama sama ada syariah, usulluddin, fiqah mahupun tasauf. Setelah dilihatnya Maulana Abu Bakar, maka segera Kadi Yusof berlari-lari mendapatkannya, kerana tahulah ia Allah SWT mengetahui yang nyata dan yang ghaib. Maka dibuat nyanyi oleh anak-anak buahnya:

Padi susuh padi suasa
Letak lekar buat berjamu
Kadi Yusof orang berkuasa
Maulana Abu Bakar bijak berilmu

Arakian maka dibaca oleh sekalian orang banyak dalam ‘Kitab Melayu’ daripada:

Advertisements

Posted on 27 Jun 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. islamic stdnt

    dye adlh boneka ***o shja…ak xtau smde dye msih waras @ sudah n**y*k…xpi ak cian kt dye sal dye msih x mgnal mne yg buruk n mne yg baik…wlupon dye lbih dlu lahir dri aku…skian shja pnulisn ak utk ari nie…assalamualikum…hala pas 4ever!!!!!!!

  2. Rasa Tuhan lagi bimbang kepada mufti perak sebab dia takut alkitab.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: